Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

27 May 2017

our 10th anniversary

Assalam..
such as the year already, ucapan our wedding anniversary are remain the same.. and..4 our 10th anniversary ni.. i wanna say dat 👇
Syukur alhamdulillah, 10tahun our marriage journey..life has been gud 👍👍 to us and Allah SWT has blessed us with a wonderful marriage💑.. Dugaan were the things which hv made our ♥ and commitment to each other stronger over the years.
I guess having known each other bfore tying the knot had laid a very strong foundation 4 our marriage to stay steadfast, come what may.
There's no such a perfect marriage, and saya x kata dat our marriage r perfect but, I know dat..dengan Rahmat, Kasihsyg dan Berkat dariNya, we are very happy becoz we always bersyukur with whatever dat comes into our life,.gud things, great things, not so great things, dugaan maha besar and dugaan maha kecil..trough thick n thin, we've shared n lived together, syukur alhamdulillah!
May Allah SWT protect our marriages, give us sabr dalam setiap ujian hidup.. May our marriages be filled with love, respect, trust, and everlasting peace. May our homes be filled with laughter, words of appreciation and encouragement. Semoga kita juga dapat increase our Imaan, and lead each other closer to Allah SWT..insha allah..aamiin!
To mr.sweetheart..Thank you 4 being my husband, my partner, my lover and my best friend. Happy Anniversary syg! ( nak lebih kata2 romantik kat whatsapp je ye..hehe)
note: manusia, hamba Allah imannya sentiasa turun naik, sentiasa berubah samada baik or sebaliknya.. semoga Allah kuatkan iman kami, tetapkan jalan lurus kepada kami sekeluarga..aamiin.. hanya pd Allah kami berlindung dan berserah.. Semoga Allah kekalkan jodoh kami hingga ke akhir hayat kami till ke jannahNya.. insha allah..aamiin🌹🌹💘💘♥♥🎂🎂🌹🌹




13 April 2017

KITA DAN SYUKUR..

..
Sis Azyu ada terbace satu nukilan dr hamba Allah ni.. Memang betulla kata dia.. Bila kita nak berubah, cara terbaik adalah pandang salah diri dlu. Barulah kita mampu betulkan lepas tu. Kalo asyik pandang kesalahan org lain, sampai ke sudah pun kita takkan mampu ubah diri. Sbb kita sibuk nak ubah orang lain..
Kita tak boleh ubah arah angin, tapi kita boleh tetapkan arah layar kita. Nak jadi baik, cari salah sendiri dlu. Lihat kelemahan diri dlu. Kat situ kita tau kat mane tentang diri kita yg kita nak baiki..
Kita ni dlm hidup slalu tak bersyukur. Kita slalu pandang kat atas. Ada kereta pun kite merungut, kata kereta kecik, panas, buruk, tak selesa. Padahal bape ramai manusia yg masih tpaksa bawak motor, tpaksa kayuh basikal, tpaksa jalan kaki sbb x mampu. Lebih sedih mereka tpaksa angkut anak² kecil yg bilamana ujan, kebasahanlah. Bila panas, berteriklah di bawah cahaya matahari..
Ada rumah pun kite merungut rumah kecik, sempit, tak cantik sedangkan bape ramai gelandangan yg cuma mampu tidur berbumbungkan atap jambatan je. Kalau ujan ribut takde dinding yang melindungi mereka dari dinginnya angin malam. Tido pun lapik kotak yg jadi bahan buangan org..
Ada kerja plak merungut. Itu tak kena, ini tak cukup.. semua tu hanya keinginan semata sdgkan bape ramai lagi kat luar sana yg dambakan gaji yg kita ada, sbb dorang keje pagi ptg siang dan mlm demi sesuap nasi, tapi masih x mampu jgk suap perut sendiri..
Ada suami macam² tak kena. Suami tak paham kita, suami tak cukup bertanggungjawab, suami tak itu, suami tak ini. Tapi suami masih sediakan tempat tinggalkan? Mkn pakai wlupun tak mewah, tapi masih ada kan? so nape tak bsyukur? Sbb jiwa kita imannya lemah. Ada ramai wanita kat luar yg menderita dipukul dek suami, suami mkn dadah, suami ada pempuan simpanan, suami jd biawak hidup..Semua ni sbbnya hanya satu. Sbb nilai syukur dlm diri terlalu sdikit. Slalu sibuk nak pandang pd apa yg kita takde. Tapi tak pernah nak pandang pd apa yg kita ada. Carilah, walau cuma satu kebaikan yg dia ada, selaklah helaian demi helaian kebaikan yg dia pernah buat. Sbb kita manusia ni,.. kalau nak cari keburukan, ditengah² lautan kebaikan pun kita ttp sibuk cari kelemahan org lain. Lupa nak cermin diri. Betul ke betul?☺☺
Pandang dlm diri, dan ingatlah bhw idup ni satu perjalanan. Jatuh dan bangun itu adalah hukum alam. Kita belajar berjalan dan kita akn terjatuh. Kita belajar berlari kita akan terjatuh lagi hingga luka berdarah. Kita belajar terbang dan terjatuh lagi ke sekian kali. Hingga sayap pun patah. Tapi bangunlah dgn gagah. Belajar lagi berjalan, teruskan berlari dan akhir nanti kita akan mampu terbang tinggi. Luka akan sembuh dengan perjalanan masa, yakinlah..
Jangan cuba jadi orang lain. Jadilah diri sendiri. Sebab Allah dah cipta kita ni sebaik² kejadian. Semuanya istimewa dan cukup sempurna..Allahu..
#akumanusiatidaksempurna
#namunakutetapbersyukurdenganapayangada
#prayforpalestine
#prayforsyria

01 April 2017

myself reminder

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.

Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.

Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.

Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).

Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?

Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang.

Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.

Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan.

Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu.

Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.

Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.

Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak?

Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara.

Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.

Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.

Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung.

Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri?

Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu.

Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?

Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya.

Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang.

Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya?

Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.

Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.

Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu.

Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

cp

15 March 2017

BUKAN MASALAH SAMPAI HATI.....

Saya terbaca satu tajuk berita dalam media sosial berkenaan tragedi yang berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur yang saya rasakan tidak tepat tetapi ia sebenarnya menggambarkan persepsi kita semua terhadap tragedi yang berlaku tersebut. Bukan sahaja media itu menggunakan istilah 'sampai hati' bahkan ribuan lagi komen, celaan, cacian, kutukan dan yang sewaktu dengannya bermula dengan dua perkataan ini: "Sampai hati...."

Seronok agaknya mencaci maki ini. Mungkin itu sahajalah jalan untuk mereka merasa sempurna.

Mungkin kita semua amat yakin dengan diri kita sendiri sehinggakan kita merasakan bahawa mustahil untuk kita melakukan (sampai hati) perkara yang sama dan sememangnya kita benar kerana untuk seseorang yang berfikiran matang, kita tidak akan sampai hati melakukan sesuatu yang tidak baik kepada sesiapa sahaja bahkan haiwan. Istilah 'sampai hati' itu juga sudah cukup untuk menyatakan bahawa seseorang itu mendatangkan mudarat kepada yang lain tanpa sebab atau jika bersebab sekalipun pastinya ia dilakukan kerana nafsu amarah dan sebagainya.

Jadi 'sampai hati' ini hanya wajar digunakan untuk orang yang berfikiran waras tetapi hilang pertimbangannya kerana nafsu dan sebagainya sehingga mampu mendatangkan mudarat kepada orang lain. Untuk mereka yang tidak waras, istilah ini tidak relevan pada mereka kerana ianya tidak lagi dilakukan atas kapasiti minda dan mental yang jelas sebagaimana kita semua.

Ini termasuklah kita-kita di luar sana yang sampai hati mendakwa seorang individu lain sampai hati melakukan mudarat tanpa mengetahui status orang tersebut.

KES TRAGEDI IBU MEROYAN
Ini bukan kes pertama dan walaupun kita semua berharap ia adalah yang terakhir, selagi mana masyarakat tidak sedar betapa seriusnya masalah ini, ia akan berulang lagi kepada  orang lain. Sepanjang 8 tahun saya dalam bidang ini, sudah banyak kes yang saya temui melibatkan ibu yang meroyan. Cumanya mungkin tidak sampai ke dada akhbar sahaja. Contoh-contoh kes yang pernah saya temui:

1. Ibu kelar lehernya sendiri dengan pisau sehingga terputus salur pernafasan
2. Ibu yang mengabaikan terus anaknya semasa berpantang sehingga anak kelaparan dan kurang zat
3. Ibu yang tidak langsung menjaga kebersihan diri dan anak semasa berpantang kerana kemurungan
4. Ibu yang membunuh diri semasa berpantang
5. Ibu yang psikotik dan lari dari rumah
6. Ibu yang meroyan berkali-kali setiap kali bersalin

Dan macam-macam lagi kes yang ditemui. Itu baru saya seorang, belum lagi rakan-rakan lain yang menghadapi kes yang mungkin lebih teruk lagi.

PENTING!!
Masalah meroyan bukan bahan lawak, bukan bermaksud ibu itu lemah emosi, bukan bermaksud ibu tak beriman, bukan bermaksud ibu tak pandai jaga diri dan segala apa yang anda fikirkan. Meroyan adalah penyakit mental yang benar dan serius yang WAJIB dirawat sebelum ia menjadi parah.

SAMPAI HATI
Oleh kerana tajuknya ialah berkenaan sampai hati, jadi bagus rasanya saya formulasi kan dari kes-kes yang pernah ditemui berkenaan siapa sebenarnya yang "sampai hati":

1. Ibu berpantang yang tidak dapat berpantang seperti zaman dulu-dulu di mana walaupun berpantang tetapi tidak dapat rehat dan merawat diri sendiri diakibatkan oleh tanggungjawab lain yang terpaksa dijalankan seperti biasa. Bersalin atau tidak sama sahaja

2. Sistem sokongan keluarga yang makin lemah kerana perubahan dari segi keperluan sosio-ekonomi dan budaya

3. Suami yang tidak tahu/mahu membantu. Dapat cuti seminggu pergi ber'huha-huha' dan ambil kesempatan melepak sakan

4. Tekanan untuk menjadi ibu sempurna: susu banyak, anak tak menangis, pantang tapi aktif (lah konon), rumahtangga terjaga sempurna, anak tidur malam dengan baik, anak tak bermasalah (seriously?) dan ianya dilakukan oleh ibu itu seorang (like...seriously?)

5. Sistem pseudo-sokongan yang membawa rebah: nasihat-nasihat yang tidak kena tempat, komen-komen yang tak wajar, motivasi/kritikan berbentuk Stop & Go dan sebagainya.

6. Ahli keluarga yang tidak ambil kisah atau tidak cakna bila ibu sudah mula menunjukkan tanda-tanda meroyan seperti kurang tidur, mudah marah, lebih sensitif, kurang peka tentang keperluan anak dan diri

7. Ahli keluarga yang malu mahu membawa ibu berjumpa doktor kerana takut dengan istilah gila

8. Ahli keluarga yang terlalu percaya perkara tahyul seperti: saka, buatan ex boyfriend/ ex girlfriend, saka bidan, hantu raya, hantu pocong, jin dan sebagainya

9. Perawat yang terlalu taksub dengan segala macam perkara dalam nombor 7 dan tidak tahu menahu langsung bahawa selain dari jin, sihir, saka hantu syaitan dan iblis adanya istilah yang dipanggil SAKIT MENTAL

10. Larangan oleh perawat yang mengambil kesempatan dan ahli keluarga yang tidak faham untuk ibu dibawa ke hospital kononnya akan menyebabkan perkara menjadi lebih teruk. Sebenarnya yang teruk adalah mereka kerana mereka takut rahsia mereka terbongkar.

11. Ahli keluarga yang menganggap bahawa ibu sengaja buat-buat hilang semangat dan sengaja memilih untuk menjadi murung. Ibu tak kuat iman, ibu tak sabar, ibu mengada-ngada dan ........(sila isi tempat kosong)

Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan tetapi kesimpulannya ialah:

SAMPAI HATI masyarakat kita (termasuklah yang bakal menjadi ibu dan pernah menjadi ibu) apabila menyalahkan ibu yang hilang warasnya kerana meroyan sedangkan kebanyakan masanya tiada apa yang kita lakukan selain komen, kritik dan hanya percaya kepada perkara tahyul.

Dan, jangan ingat kita semua kebal dari masalah sebegini.

Sekian.

DrRostam
Medical MythBusters Malaysia
#M3

26 January 2017

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.
Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati?
Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.
Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Kenapa begitu?
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”.
(Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.
Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun.
Apakah anda kenal kepada Qarun?
Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?
Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..
Rasanya, persoalan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.
#samasamakitamuhasabahdiri
#peringatanuntukdirikusendiri
#akuhambayangberdosamemerlukankeampunandariNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails