Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

27 November 2016

Our Dates ☺☺☺❤❤madi azyu

  1st time jumpa raya aidilfitri pertama 2004, kalo kira pjumpaan pertama sebenarnya kami dah lama, masa zaman skolah rendah kami satu group ms pemilihan hoki daerah, i x brape kenal mr.sweety yg mana satu..so,x kira lah d zmn itu😂😂
  1st time dating raya aidilfitri 2005, Bfore dat penahla dating,tapi dating ramai2,geng2 dia n adik2 join skali g berkaraoke n makan2..
Ber Bf/Gf Dis 2005 tu pun dgn bersyarat.berboipren/gelpren dalam talian je sbb kami sorang duk Ganu sorang duk Jb. Jumpe pun boleh bilang ngan jari je sbbnye bila balik Ganu cuti 2,3ari je.jumpa g mkn skali dua je tu pun skjap2,nk borak lama2 pun x sempat.. Tapi..adalah skit masalah dlm hubungan kami. Akhirnya Betul2 terima dan serius ngan mr.sweety ni APRIL 2006. Lepas tu awal MEI 2006 letak jawatan d JB permintaan dr mr.sweety n mak..balik Ganu,Keje d Ganu..
  AUGUST 2006 kami bertunang dan MEI 2007 kami pun berkahwin.. So begitulah perjalanan hubungan kami.. Dalam sepanjang perkenalan kami,kami bercinta dengan orang lain dulu,lepas broke up dgn pasangan memasing,tak lama lepas tu Allah titipkan psahabatan kami menjadi satu prasaan cinta. Terbuka hati utk menerima seadanya, sama2 belajar dr kesilapan sbelum ni,sama belajar berubah sebelum mneruskan hubungan ini..
  Inilah perjalanan jodoh kami untuk masa ini.. Akan datang kami xtau sebabnya manusia kan selalu berubah,cuma kami berusaha untuk kekalkan n tambahkan kasihsyg,cinta dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat kami.. Kami berharap dan sentiasa berdoa moga Allah kekalkan jodoh kami hingga ke jannahNya insha allah..aamiin..

 Smenjak kau HADIr dlm hidupku..tiada lg keresahan,kau MENGETUK pintu hatiku,tanpa ku sedari telah ku izinkan,..Kau yang bnama cinta,kau yg mberi rasa,Kau yg ILHAMkan BAHAGIA hingga aku rasa INDAH..

#semoga_Allah_panjangkan_jodoh_kami_dunia_akhirat
#inshaallah_aamiin
#jodohpertemuanditanganAllah


26 July 2016

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA..

Siapa kata Firaun tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah kalah ditangan Nabi Musa as.

Siapa kata Abu Jahal tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah tewas ditangan Nabi Kita Muhammad saw.

Siapa kata Rom dan Parsi ( kuasa besar dunia ) tidak boleh dikalahkan ? Bukankah kuasa besar itu tersungkur mencium bumi ditangan Saiyidina Umar al Khattab Ra.

Siapa kata benteng Kostantinapel tidak boleh diruntuhkan ? Bukankah Sultan Muhammad al Fateh telah berjaya menawan dan meruntuhkannya .

Siapa kata tentera Solib tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewaskan oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi .

Siapa kata Beruang Merah Soviet Union tidak boleh dikalahkan ? Bukankah mereka telah dihalau keluar dan dikalahkan oleh Mujahidin Afghanistan .

Siapa yang kata Musuh Allah tidak boleh dikalahkan ?

Sejarah Kegemilangan Islam telah mengemuka jawapan yang jelas bahawa kebhatilan pasti hancur .

Via : Zul Ihsan

Note: 
Sabda Rasulullah SAW
"bagaimana keadaan kamu dgn amalan2 kamu maka begitulah keadaan pmerintah yg akan dletakkan ke atas kamu"
Kalo kita nak islam itu kuat,kalo kita mahukan kemenangan n mahu kembalikan kegemilangan islam ,kita sbg rakyat kena kembali pd landasan islam..KEMBALI pd landasan Islam, insha allah,kita akn menang..

14 July 2016

Ahmad Ashaz Yaseen 1st besday

Finally, u've got a Whole Number as ur Age. Happy 1st Birthday syg!!
Ahmad Ashaz Yaseen, Ibu,abah,abg akhtar iman & abg ayman muslim love u so muchhh to d moon n back n then to infinity n beyond!!!😍Happy Birthday Syg!
#Weloveumorethanwordscansayalwaysandforever 😘😘😘💕💕
#ahmadashazyaseenturnsone
#babyforeverliving💕
#12JULY2016
















27 May 2016

Nota Kami Zaman Bercinta

Kenangan kami sebelum kawen,kami mencatat apa2 je luahan dlm nota ni..tiap kali tbace sama2 tsengih2 malu2 kucing
Ni sebahagian dari nota2 kami..✌✌💕💕

9th Wedding Anniversary


How fast time flies!! Y'terday marks our 9th year married 2 each other,
I pray to Allah bless us 2 b hepi 4ever n ever ☺☺☺
How do I begin 2 tell u how's lucky I am 2 hve u in my life? I'll start by sayin' wat an honor it's 4 me 2 b ur wife.
U're my best friend in d gud times n my rock in times of sorrow. U're d reason 4 sweet y'terdays n my promise 4 2morrow. I nvr thought I could feel dis loved until I became ur wife. U made dis year n every year d best 1 of my life!!.
Another year 2 create precious memories 2gether. Another year 2 discover new things 2 enjoy 'bout each other. Another year 2 strengthen a marriage dat defines 4ever. up another to 9th year u makes me feel complete n thank Allah for dis anugerah!..My sweetheart,Thank u 4 treating me juz as special on d days dat r not our anniversary. N y'terday is our wedding anniversary.. Ya Allah,Give us strength 2 pleased you. Give us strength 2 love each other just achieve ur mercy..n may Allah bless our marriage till Jannah!!! Insha allah! Amin Amin ya robbal aalamiin...❤️❤️😘😘💋💋 Happy anniversary mr.sweetheart! ❤❤❤

Note: ❤❤❤ We've been into many ups n downs. But we've managed 2 get through with them. In the process, we grow and matured. I hope we stay in luv each other,insha allah!❤❤❤

#uremymrsweetheart
#mayAllahblessustilljannahNyainshaallah!







14 January 2016

50 Perkara Penting Drp Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


(Hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim)
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara
sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-
tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.
Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena
maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat
mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri
rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang
korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun
berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu
berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya
rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata
kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya
tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena
atasi. Kita kena berani kerana benar Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa
yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan
diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya
Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini
masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang
tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.
Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa
bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu
bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100
juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu
senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya
tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit
tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke
luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi
saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang
Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan
rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan,
Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.
Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh
turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu
boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak
dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang
Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa
pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh
Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu
bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang
membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita
belum berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Terima kasih kerana baca hingga habis.

note: moga ia menjadi rujukan n pedoman utk saya,kami,kite sume..

09 January 2016

Hutang Dhuha

saya copypaste utk renungan diri saya juga..

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.
Jom azam solat dhuha... utk tahun baru 2016.......
insha Allah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails