Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

15 November 2015

TAZKIRAH : SUAMI KU MILIK IBUNYA

renungan untuk diri saya juga..

Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...

Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

Seorang  suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya..

panduan untuk hidup yang lebih baik

Ini menakjubkan, Randy Paunch 47 tahun, seorang pensyarah sains komputer dari Mellon Universiti. Dia meninggal disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The last lecture" (syarahan terakhir) pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "panduan untuk hidup yang lebih baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Semoga anda diberkati dengan aspirasinya.
BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP ANDA
Personaliti:
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan punya pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda punya pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda; tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah punya semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu 13. Senyum dan tertawa selalu
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
Komuniti:
15. Hubungi keluarga kamu selalu
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari
17. Maafkan orang lain
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
Kehidupan:
22. Dahulukan TUHAN dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. TUHAN itu penyembuhan
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi
27. Yang terbaik akan datang kemudian
28. Buang apa yang tidak berguna, tdk cantik atau menggembirakan
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada TUHAN
30. Kalau kamu kenal TUHAN kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
31. Perasaan marah jangan dilayan dengan kekerasan tapi sabar dan tenang.
32. Bertengkar biar dlm suara spontan jangan libatkan org ketiga atau merosakkan harta benda.
33. Menghormati, setia, percaya, mengasihi, menghargai, bersyukur, mengampuni, memberi,menerima, ambil peduli, menghargai apa yang ada, kekayaan tdk menjamin kebahagiaan, mengampuni lebih mulia daripada membenci, berusaha berdamai selagi ada kesempatan sebab kedamaian dan ketenangan hidup tdk terasa jika curiga, sangsi, cemburu, irihati, benci, dendam, egoisterm,amarah dan lain2 yang bertentangan dgn Kasih tinggal dlm kehidupan kita.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu.
Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

#copypasteforselfreminder


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails