Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

12 November 2015

Kisah Abu Jahal yang busuk hati..

abu jahal adalah antara yg bersungguh2 membenci
rasulullah. ada sahaja yang hendak didengkikan. jenis
orang tak usik aku pun-- aku nak kacau.
.
bukan bermula dari kenabian, sebenarnya. tapi jauh
sebelumnya. di masa remaja, dia pernah dikalahkan
baginda (dia kacau dulu. kira self defense). dan tambah lagi
sakit hati-- dia pinang khadijah-- ditolak. tapi beberapa
minggu lepas itu rasulullah diterima pulak.
.
haaa. faham kan jenis apa abu jahal itu?
.
selepas kenabian rasulullah, makin menjadi2lah busuknya
abu jahal. dan di sinilah hendak aku ceritakan tentang
pada suatu hari itu. bismillah.
.
pada suatu hari, sdg rasulullah solat dan berada dlm
sujudnya-- abu jahal bertanya, "aku ada tahi unta. byk dari
ladang. siapa nak baling ke muhammad?"
.
celaka.
benar celakalah kau abu jahal kerana bersengaja
mengharami rasul aku.
.
dalam konco2 abu jahal, bersetujulah si 'uqbah abi
mu'aith. "aku boleh".
.
tipikal, kan? nak sangat geng nampak kita cool, nak sangat
rasa "aku gempak" di kalangan kawan2-- kita sanggup
melakukan benda2 menjahanamkan kita sendiri.
astaghfirullah.
.
'uqbah lalu melontarkan najis unta kena ke punggung
rasulullah yg masih sujud. allahu akbar. betapa kering dia
mencabar. rasulullah terus dalam sujudnya. datanglah
fatimah yang masih remaja membersihkan bapanya dengan
penuh kecewa dan amarah. tapi apalah dia daya selain
berkeluh-kesah?
.
apabila bersih punggung baginda itu barulah rasulullah
bangkit dari sujud. ditadahkan tangan dan terus
melafazkan:
.
allahumma 'alaika bi fulaani wa fulaan (sambil menyebut
nama2 mereka: abu jahal, 'uqbah, dan semua yang
mengganggu baginda).
.
ia bermaksud:
ya ﺍﻟﻠﻪ , ya tuhan kami, kepadamulah aku serahkan fulan dan
si fulan untuk kau sendiri uruskan.
.
nota: "fulan dan si fulan" dlm bahasa kita faham adalah
"etc" atau "sekian sekian" maksudnya letaklah nama yg
dikehendaki.
.
contoh:
allahumma 'alaika bi (isi tempat kosong)
.
allahu akbar.
keberserahan kepada ﺍﻟﻠﻪ at its best.
.
tidaklah bersegera balasan ﺍﻟﻠﻪ pada mereka2 yang celaka.
tapi keadilan ﺍﻟﻠﻪ itu pasti. dlm keadaan hina-- 'uqbah
ditawan musuh dan diseksa sehingga mati.
.
na'uzubillah. moga tidak disalahfahamkan . ini bukan
perkongsian mengajar dendam dan benci. tapi ini adalah
kisah untuk kita iktibarkan: ﺍﻟﻠﻪ sentiasa bersama dengan
orang2 yang dianiaya. maka takutlah.
.
dan kita pun kalau mampu, iktibarkan dari rasulullah.
.
orang sakitkan kita? biarkan. orang malukan kita? biarkan.
orang berniat buruk pada kita? biarkan.
.
memang sakit. memang perit. memang rasa nak tegakkan
kebenaran. memang rasa nak menjerit.
.
tapi mereka bukan hak kita untuk uruskan.
serah mereka pada ﺍﻟﻠﻪ.
serahkan semuanya pada ﺍﻟﻠﻪ.
.
kita kena sabar.
fasobrun jamiil, kan?
kesabaran itu indah, kan?
.
let go.
serahkan.
.
yakin yang ﺍﻟﻠﻪ itu tahu apa yang dia akan perbuat pada
setiap kita. dan betapa ﺍﻟﻠﻪ itu adil dalam pertimbangannya
.
.
maka serahkan.
insyaAllah, kita akan lebih bahagia.

copypaste dr FJ

Dengkikah kite??

benda bertahun ada dalam almari, tak pernah sekali pun kita nak pakai. tak pernah kena gaya. tak pernah rasa
sesuai. kita nak buang. adik nampak-- dia nak. adik pakai nampak cantik. kita mintak balik..dengki.
selalu, kan, macam ni?
.
kita cuma nak benda yg kita dah lama tak nak bila orang nak dia. selama hak kita-- harammm kita peduli. bila ada yang sudi? tiba-tiba pulak kita nak kembali.
.
kan?
.
kita tak suka tengok orang lebih. kita tak seronok bila orang
bahagia. kita selalu rasa kita lebih tahu layak-tak-layak
seseorang itu hanya kerana kita fikir kita baca karektor dia makanya kita tau.
.
kita selalu lupa;
hati manusia, kejahatan dan kebaikan manusia, dosa dan
pahala-- semunya tuhan punya kerja.
.
kita dengki tengok senyuman orang. kita pertikai kenapa.
kita dengki tengok amannya orang. kita isukan bagaimana.
.
sebab hakikatnya kita nampak yg kurang adalah kita.
.
orang yg mempunyai lebih takkan berdengki. persoalannya:
apa yang lebih dan apa yang tak cukup lagi. itu saja.
.
dan kita biasanya buta dengan apa yang kita ada--
selalunya berkehendak benda yang bukan hak kita.
.
kerana itu ada orang lebih kaya yg berdengki sama orang
papa. didengkikan bukan jumlah wang-- tapi kebahagiaan si
papa miliki walau hidupnya di dalam kurang.
.
kita cuma nak bila kita tak ada.
itu biasa.
.
nampak org pakai iphone, kita pun nak. bila dah dapat--
selamba dicampak2. kita cuma sayang perkara yang kita tak
pernah ada.
.
biasa.
.
ada banyak jenis dosa dalam dunia. dosa dgn ﺍﻟﻠﻪ itu mudah
lunasnya. sesama manusia itu lain ceritanya.
.
apakah ubat dengki?
.
mendoakan kebaikan sesama kita. mengikhlaskan bahagia
untuk semua.
.
sayang sesama manusia. lihatkan kita semua adalah satu.
jadikan kebahagiaan orang kebahagiaan kita. lupakan
betapa kita ini sekadar individu.
.
sentiasa beringat: ﺍﻟﻠﻪ itu adil. dan merasakan orang lebih
dari kita dan kita kurang dari semua itu dosa. adalah
mustahil untuk ﺍﻟﻠﻪ tidak sama rata.
.
kita sentiasa ada lebih di mana2 orang kurang--
sama juga orang sentiasa ada lebih di mana2 kita kurang.
.
try to be happy for others. insyaAllah, bila semua
lakukannya-- bila others be happy for us jua-- dunia jadi
lebih bahagia.

Copypaste dr FJ



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails