Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

12 November 2015

Kisah Abu Jahal yang busuk hati..

abu jahal adalah antara yg bersungguh2 membenci
rasulullah. ada sahaja yang hendak didengkikan. jenis
orang tak usik aku pun-- aku nak kacau.
.
bukan bermula dari kenabian, sebenarnya. tapi jauh
sebelumnya. di masa remaja, dia pernah dikalahkan
baginda (dia kacau dulu. kira self defense). dan tambah lagi
sakit hati-- dia pinang khadijah-- ditolak. tapi beberapa
minggu lepas itu rasulullah diterima pulak.
.
haaa. faham kan jenis apa abu jahal itu?
.
selepas kenabian rasulullah, makin menjadi2lah busuknya
abu jahal. dan di sinilah hendak aku ceritakan tentang
pada suatu hari itu. bismillah.
.
pada suatu hari, sdg rasulullah solat dan berada dlm
sujudnya-- abu jahal bertanya, "aku ada tahi unta. byk dari
ladang. siapa nak baling ke muhammad?"
.
celaka.
benar celakalah kau abu jahal kerana bersengaja
mengharami rasul aku.
.
dalam konco2 abu jahal, bersetujulah si 'uqbah abi
mu'aith. "aku boleh".
.
tipikal, kan? nak sangat geng nampak kita cool, nak sangat
rasa "aku gempak" di kalangan kawan2-- kita sanggup
melakukan benda2 menjahanamkan kita sendiri.
astaghfirullah.
.
'uqbah lalu melontarkan najis unta kena ke punggung
rasulullah yg masih sujud. allahu akbar. betapa kering dia
mencabar. rasulullah terus dalam sujudnya. datanglah
fatimah yang masih remaja membersihkan bapanya dengan
penuh kecewa dan amarah. tapi apalah dia daya selain
berkeluh-kesah?
.
apabila bersih punggung baginda itu barulah rasulullah
bangkit dari sujud. ditadahkan tangan dan terus
melafazkan:
.
allahumma 'alaika bi fulaani wa fulaan (sambil menyebut
nama2 mereka: abu jahal, 'uqbah, dan semua yang
mengganggu baginda).
.
ia bermaksud:
ya ﺍﻟﻠﻪ , ya tuhan kami, kepadamulah aku serahkan fulan dan
si fulan untuk kau sendiri uruskan.
.
nota: "fulan dan si fulan" dlm bahasa kita faham adalah
"etc" atau "sekian sekian" maksudnya letaklah nama yg
dikehendaki.
.
contoh:
allahumma 'alaika bi (isi tempat kosong)
.
allahu akbar.
keberserahan kepada ﺍﻟﻠﻪ at its best.
.
tidaklah bersegera balasan ﺍﻟﻠﻪ pada mereka2 yang celaka.
tapi keadilan ﺍﻟﻠﻪ itu pasti. dlm keadaan hina-- 'uqbah
ditawan musuh dan diseksa sehingga mati.
.
na'uzubillah. moga tidak disalahfahamkan . ini bukan
perkongsian mengajar dendam dan benci. tapi ini adalah
kisah untuk kita iktibarkan: ﺍﻟﻠﻪ sentiasa bersama dengan
orang2 yang dianiaya. maka takutlah.
.
dan kita pun kalau mampu, iktibarkan dari rasulullah.
.
orang sakitkan kita? biarkan. orang malukan kita? biarkan.
orang berniat buruk pada kita? biarkan.
.
memang sakit. memang perit. memang rasa nak tegakkan
kebenaran. memang rasa nak menjerit.
.
tapi mereka bukan hak kita untuk uruskan.
serah mereka pada ﺍﻟﻠﻪ.
serahkan semuanya pada ﺍﻟﻠﻪ.
.
kita kena sabar.
fasobrun jamiil, kan?
kesabaran itu indah, kan?
.
let go.
serahkan.
.
yakin yang ﺍﻟﻠﻪ itu tahu apa yang dia akan perbuat pada
setiap kita. dan betapa ﺍﻟﻠﻪ itu adil dalam pertimbangannya
.
.
maka serahkan.
insyaAllah, kita akan lebih bahagia.

copypaste dr FJ

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails