Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

18 November 2015

Result tahun 1 Ahmad Akhtar Iman

Result utk exam akhir taun akhtar iman,hmm.. takpela akhtar iman tak dapat tempat 1-3, yang penting akhtar iman sdh berusaha,tu pun ibu yg paksa suh study balik apa yg cikgu ajar,kalo ibu x paksa,x marah mungkin lagi teruk keputusan ni tauuu n mujur abah buzy2 pun balik keje penat2, mesti tnye psl akhtar iman,ajar akhtar iman.kalo abah x ajar akhtar iman pun tentu teruk jgk result akhtar iman.. moral of d bebelan, nak result terbaik kena ulangkaji subjek2,math kena slalu training, usaha,usaha,usaha! solat jgn tggal,lps solat doa pd Allah moga berjaya dunia akhirat.jgn byk main! itu je.. utk tahun depan make sure buat yg terbaik, ibu harap sgt akhtar iman jadi contoh pd adik2 akhtar iman,ok?  Akhtar iman kena malu tau,kwn2 perempuan akhtar iman dpt tempat pertama sampai ke tiga.. taun dpn usaha lebih lagi. Insha allah ade rezki utkmu.. 



15 November 2015

TAZKIRAH : SUAMI KU MILIK IBUNYA

renungan untuk diri saya juga..

Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...

Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

Seorang  suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya..

panduan untuk hidup yang lebih baik

Ini menakjubkan, Randy Paunch 47 tahun, seorang pensyarah sains komputer dari Mellon Universiti. Dia meninggal disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The last lecture" (syarahan terakhir) pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "panduan untuk hidup yang lebih baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Semoga anda diberkati dengan aspirasinya.
BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP ANDA
Personaliti:
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan punya pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda punya pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda; tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah punya semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu 13. Senyum dan tertawa selalu
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
Komuniti:
15. Hubungi keluarga kamu selalu
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari
17. Maafkan orang lain
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
Kehidupan:
22. Dahulukan TUHAN dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. TUHAN itu penyembuhan
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi
27. Yang terbaik akan datang kemudian
28. Buang apa yang tidak berguna, tdk cantik atau menggembirakan
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada TUHAN
30. Kalau kamu kenal TUHAN kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
31. Perasaan marah jangan dilayan dengan kekerasan tapi sabar dan tenang.
32. Bertengkar biar dlm suara spontan jangan libatkan org ketiga atau merosakkan harta benda.
33. Menghormati, setia, percaya, mengasihi, menghargai, bersyukur, mengampuni, memberi,menerima, ambil peduli, menghargai apa yang ada, kekayaan tdk menjamin kebahagiaan, mengampuni lebih mulia daripada membenci, berusaha berdamai selagi ada kesempatan sebab kedamaian dan ketenangan hidup tdk terasa jika curiga, sangsi, cemburu, irihati, benci, dendam, egoisterm,amarah dan lain2 yang bertentangan dgn Kasih tinggal dlm kehidupan kita.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu.
Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

#copypasteforselfreminder


14 November 2015

Janji Allah pada si penganiaya dan org yg dianiaya..

Di Padang Mahsyar kelak, orang yang teraniaya akan
diberikan kelebihan;
i- Ambil pahala sang penganiaya
ii- Bagi dosa kepada sang penganiaya
Penganiayaan bagi sesetengah orang adalah perkara remeh
di dunia, tetapi boleh jadi sang penganiaya tercampak ke
Neraka kerana kekurangan pahala dan yang teraniaya
dimasukkan ke Syurga kerana telah diambil dosanya.
Allahuakbar.! Allah Maha Adil.!
"Orang muflis dari umatku itu ialah orang yang datang
pada hari kiamat dengan solat, zakat, puasa(yang banyak),
akan tetapi dia memaki orang ini dan menuduh orang itu;
dia memakan harta si fulan dan memukul si fulan, maka
akan diambilkan pahala kebaikannya dan diberikan pada
orang yang dianiayanya. Setelah habis semua kebajikannya
dan masih ada yang belum terbayar, maka diambillah dosa
orang-orang itu, lalu dipikulkan kepadanya. Setelah selesai
semua itu, diapun dilemparkan ke dalam neraka." [HR
Bukhari,Muslim, Tirmidzi]
Note: °skadar meminta maaf tp x ikhlas; tp buat lagi; tetap dpt balasannya samada ms kat dunia or ms kt akhirat nnt..
°kite x kenal org tu dlu tp bila dgr dr mulut kwn kite yg jg xbrape kenal si folan jgk mngata itu ini kite pcaya n trus kutuk n mbencinya,pastu bila kenal n kenakan si folan tu lagi plak..hah,xpe..nanti jawablah n carila si folan tu kat akhirat nnt.. Allah Maha Adil 😉





12 November 2015

Kisah Abu Jahal yang busuk hati..

abu jahal adalah antara yg bersungguh2 membenci
rasulullah. ada sahaja yang hendak didengkikan. jenis
orang tak usik aku pun-- aku nak kacau.
.
bukan bermula dari kenabian, sebenarnya. tapi jauh
sebelumnya. di masa remaja, dia pernah dikalahkan
baginda (dia kacau dulu. kira self defense). dan tambah lagi
sakit hati-- dia pinang khadijah-- ditolak. tapi beberapa
minggu lepas itu rasulullah diterima pulak.
.
haaa. faham kan jenis apa abu jahal itu?
.
selepas kenabian rasulullah, makin menjadi2lah busuknya
abu jahal. dan di sinilah hendak aku ceritakan tentang
pada suatu hari itu. bismillah.
.
pada suatu hari, sdg rasulullah solat dan berada dlm
sujudnya-- abu jahal bertanya, "aku ada tahi unta. byk dari
ladang. siapa nak baling ke muhammad?"
.
celaka.
benar celakalah kau abu jahal kerana bersengaja
mengharami rasul aku.
.
dalam konco2 abu jahal, bersetujulah si 'uqbah abi
mu'aith. "aku boleh".
.
tipikal, kan? nak sangat geng nampak kita cool, nak sangat
rasa "aku gempak" di kalangan kawan2-- kita sanggup
melakukan benda2 menjahanamkan kita sendiri.
astaghfirullah.
.
'uqbah lalu melontarkan najis unta kena ke punggung
rasulullah yg masih sujud. allahu akbar. betapa kering dia
mencabar. rasulullah terus dalam sujudnya. datanglah
fatimah yang masih remaja membersihkan bapanya dengan
penuh kecewa dan amarah. tapi apalah dia daya selain
berkeluh-kesah?
.
apabila bersih punggung baginda itu barulah rasulullah
bangkit dari sujud. ditadahkan tangan dan terus
melafazkan:
.
allahumma 'alaika bi fulaani wa fulaan (sambil menyebut
nama2 mereka: abu jahal, 'uqbah, dan semua yang
mengganggu baginda).
.
ia bermaksud:
ya ﺍﻟﻠﻪ , ya tuhan kami, kepadamulah aku serahkan fulan dan
si fulan untuk kau sendiri uruskan.
.
nota: "fulan dan si fulan" dlm bahasa kita faham adalah
"etc" atau "sekian sekian" maksudnya letaklah nama yg
dikehendaki.
.
contoh:
allahumma 'alaika bi (isi tempat kosong)
.
allahu akbar.
keberserahan kepada ﺍﻟﻠﻪ at its best.
.
tidaklah bersegera balasan ﺍﻟﻠﻪ pada mereka2 yang celaka.
tapi keadilan ﺍﻟﻠﻪ itu pasti. dlm keadaan hina-- 'uqbah
ditawan musuh dan diseksa sehingga mati.
.
na'uzubillah. moga tidak disalahfahamkan . ini bukan
perkongsian mengajar dendam dan benci. tapi ini adalah
kisah untuk kita iktibarkan: ﺍﻟﻠﻪ sentiasa bersama dengan
orang2 yang dianiaya. maka takutlah.
.
dan kita pun kalau mampu, iktibarkan dari rasulullah.
.
orang sakitkan kita? biarkan. orang malukan kita? biarkan.
orang berniat buruk pada kita? biarkan.
.
memang sakit. memang perit. memang rasa nak tegakkan
kebenaran. memang rasa nak menjerit.
.
tapi mereka bukan hak kita untuk uruskan.
serah mereka pada ﺍﻟﻠﻪ.
serahkan semuanya pada ﺍﻟﻠﻪ.
.
kita kena sabar.
fasobrun jamiil, kan?
kesabaran itu indah, kan?
.
let go.
serahkan.
.
yakin yang ﺍﻟﻠﻪ itu tahu apa yang dia akan perbuat pada
setiap kita. dan betapa ﺍﻟﻠﻪ itu adil dalam pertimbangannya
.
.
maka serahkan.
insyaAllah, kita akan lebih bahagia.

copypaste dr FJ

Dengkikah kite??

benda bertahun ada dalam almari, tak pernah sekali pun kita nak pakai. tak pernah kena gaya. tak pernah rasa
sesuai. kita nak buang. adik nampak-- dia nak. adik pakai nampak cantik. kita mintak balik..dengki.
selalu, kan, macam ni?
.
kita cuma nak benda yg kita dah lama tak nak bila orang nak dia. selama hak kita-- harammm kita peduli. bila ada yang sudi? tiba-tiba pulak kita nak kembali.
.
kan?
.
kita tak suka tengok orang lebih. kita tak seronok bila orang
bahagia. kita selalu rasa kita lebih tahu layak-tak-layak
seseorang itu hanya kerana kita fikir kita baca karektor dia makanya kita tau.
.
kita selalu lupa;
hati manusia, kejahatan dan kebaikan manusia, dosa dan
pahala-- semunya tuhan punya kerja.
.
kita dengki tengok senyuman orang. kita pertikai kenapa.
kita dengki tengok amannya orang. kita isukan bagaimana.
.
sebab hakikatnya kita nampak yg kurang adalah kita.
.
orang yg mempunyai lebih takkan berdengki. persoalannya:
apa yang lebih dan apa yang tak cukup lagi. itu saja.
.
dan kita biasanya buta dengan apa yang kita ada--
selalunya berkehendak benda yang bukan hak kita.
.
kerana itu ada orang lebih kaya yg berdengki sama orang
papa. didengkikan bukan jumlah wang-- tapi kebahagiaan si
papa miliki walau hidupnya di dalam kurang.
.
kita cuma nak bila kita tak ada.
itu biasa.
.
nampak org pakai iphone, kita pun nak. bila dah dapat--
selamba dicampak2. kita cuma sayang perkara yang kita tak
pernah ada.
.
biasa.
.
ada banyak jenis dosa dalam dunia. dosa dgn ﺍﻟﻠﻪ itu mudah
lunasnya. sesama manusia itu lain ceritanya.
.
apakah ubat dengki?
.
mendoakan kebaikan sesama kita. mengikhlaskan bahagia
untuk semua.
.
sayang sesama manusia. lihatkan kita semua adalah satu.
jadikan kebahagiaan orang kebahagiaan kita. lupakan
betapa kita ini sekadar individu.
.
sentiasa beringat: ﺍﻟﻠﻪ itu adil. dan merasakan orang lebih
dari kita dan kita kurang dari semua itu dosa. adalah
mustahil untuk ﺍﻟﻠﻪ tidak sama rata.
.
kita sentiasa ada lebih di mana2 orang kurang--
sama juga orang sentiasa ada lebih di mana2 kita kurang.
.
try to be happy for others. insyaAllah, bila semua
lakukannya-- bila others be happy for us jua-- dunia jadi
lebih bahagia.

Copypaste dr FJ



10 November 2015

Pabila kenangan itu datang kembali..

Tadi,sambil melipat bju sambil dgr lagu2melayu.tetiba je bila dgr lagu peterpan mungkin nanti,sheila on7 bhenti berharap,ct&toophat dua dunia n lagu2 d zmn itu ingatan trus mnerjah ke kl,penang,jb,uitm..syahdu rs prasaan tu,terus mngusik jiwa ni.. seperti mau mluahkan semua tu..mujur ade blog ni,tempat utk mluahkan sedikit prasaan yg tpendam,tp xtau nk mula dr manee....
JB,2004-2006 byk jg kenangan2 yg mgamit rs..penuh dgn emosi,ms ni dlm pjuangan mencari sbuah cinta sejati,paling tringat pd sesorg yg mharapkan kami bsama akhirnya,rasa bsalah tu sampai kini..
cinta..dilukai n melukai tu sume dh rasa..sakitnye hanya Allah yg Tau prasaan d ketika itu,tak terdaya utk mngubahnya.. dilukai krn cinta amat memeritkan apabila kita memendamnya dlm lubuk hati, dan melukai itu jg dipukul rs bsalah bpanjangan trus mnerus..
Dalam mcari sebuah cinta sejati apabila luka masih belum sembuh,pelbagai kenangan menerjah d ketika itu.. Masa tu memang rasa diri di ujiNya, pelbagai perasaan, suka n duka segalanya bercampur aduk.. alhamdulillah,dtemukan dgn hamba2 Allah atas ujian itu..
sewaktu d JB, dtemukan pelbagai hamba Allah yg mungkin bgku sbg kenangan yg bmakna..
'I'...kenal ketika temankan kwn dinner btemu kwn lamanya yg ketika itu bw I bsamanya.. I minta no.tel dr kwn..ms tu bmulala psahabatan kami. Dia,seorg yg cukup baik n selesa utk bkawan, selalu ajak kluar dinner d hari mggu,coz ari keje kami masing2 bz..slalu dinner kat senibong n lepak d danga bay tgk pemuzik jalanan n aktiviti2 kat ctu..dia jgk baik ngan ibubapa angkat aku,slalu minta izin dlu sblm nk bw pegi memane.. tiap kali dlm kete slalu borak pasal isu politik,semasa, hinggalah isu perasaan...tp bila cakap psl prasaan aku akan bralih ke tajuk lain,time tu rs blum ckup sdia utk trima lagi.. prasaan pdnya? tipula kalo kata xde secubit pun perasaan tu,ade..memang ade tp... rasanya prasaan lebih kpd tali psahabatan.setiap kali dia luahkan prasaannya xpernah aku nk jwb,cuma diam mdengar dan lari tajuk lain..sehinggalah satu masa tu dia ajak pegi ke kgnya d kota tggi umah ibubapanya,masa tu majlis ptunangan adiknya.sampai aje d sana,tkejut ramai sgt sanak sdarenye yg dtg dr jauh,trase mau je lari balik smula,malunya time tu Allah aje yg tau coz x biasa..kluar dr kereta awal2 ibunya dh sambut,aku ikut je trus ke dapur,ramainya sedare marenya.ibunya pkenalkan aku pd dorg,dlm hati aik camne dia tau sume psl aku sdgkan baru 1st time jumpe.masa ibunya bgtau pd dorg aku dr trg dorg usik2 aku n I (dorg pggil I along,coz dia anak sulung),ms tu aku dah rs lain mcm dh,prasaan lbih kpd kurang selesa, stiap kali dorg ckp aku jelaskan yg kami juz kwn,tp mcm x kuat je pjelasan tu,dorg mcm xpeduli, plak tu si I ni slalu dtg amik air amik  mknn bg aku..aku hanya tunduk malu n diam je,aku xpandai nk bborak,hanya tgk je,nk tolong ape2 dorg x bg,suh duduk je.juz dgr dorg borak2 gelak2.. abis majlis btunang tu,sesi amik gambar..gambar family.tetiba mak I pggil ajak bgambar bsama ngn dorg,adiknya n jgk I.aku bkn main xnak2 tp kena paksa jgk bgambar,ms tu dh rs bsalah sgt,pastu timbul prasaan ragu2 n macam2..dlm kepala hanya fikir nk balik.. lps abis sume tu,lps asar ajak I balik JB,memula maknya pujuk balik lps mghrib je,brehat dlu kat situ,tp ms tu rs mcm bsalah sgt2,rs mcm nk larik jee..lgpun mmg rs x selesa duk umah org lama2,cuma ckp byk keje kat umah nk kena settle coz esoknya kena kje..lps pujuk2 akhirnya I mngalah.masa nk balik maknya bagi bekalan balik utk mak n ayhangkat kat umah..dlm pjalanan balik selama 2 jam tu mula2 aku mmg diam je,pastu dia mula ckp minta maaf kalo x selesa,aku kate xde pe2, masa tu aku amik cd kumpulan lestari dia, masuk n dgr lagu.diam seketika..hampir nk sampai umah dia minta maaf skali lgi..aku senyum n jwb ok je,xde pe2,pas pd tu kami borak cambiasa sampai je tetiba dia kata "nk cd lestari tu amik la,sy bg kat awak" amik n ucap trima kasih..start dr aritu aku rs serba salah,n mcm2 prasaan.. bila dia call ajak dinner mcm2 aku bg alasan,n jarang2 kami jumpa..dia msg mngatakan aku byk brubah,dia luahkan sgala2nya. ms tu aku masih keliru dgn prasaan,aku juz jwb buat ms tu aku hanya nk bkawan dlu,x brani nk trima lagi.tggu masanya nanti.. Masa tu aku dh knl dgn mr.sweetheart(hakikatnya kami sdh btemu ketika kami brumur 11thun,sesi kem pmilihan hoki daerah/negeri,cuma aku x mngenalinya) n kwn2nya tp sbg kwn biasa yg duk jauh,juz call n msg2 je..pd ms yg sama aku masih bkawan dgn kwn2 yg sama2 study ms d uitm dlu yg tggal d JB..  Masa yg sama juga xbf ms d uitm dlu keje d JB,n kami masih bhubung,n jg kwn uitm (nama dpn kami lbih kurang sama, ms d uitm,kami sama2 jatuhcinta dlm diam,tp kami masing2 x luahkan hgga kami part 3,tu pun dh tlambat sbb dia transfer ke SA,cuma tau bila dia call n sama2 luahkan prasaan bila aku trima cinta xbf aku yg jg shbt dia) yg baru dpt keje d jb n pd ms tu aku bantu dia dptkan umah sewa n tumpangkan dia bmlm shari umah ibubapa angkatku.. yg xbf,dia nk sambung blik tp aku ckp prasaan tu dah xde,juz hanya kwn mcm dlu.. yg kwn uitm baru dpt keje tu, kami mmg slalu bjumpa bila ari mggu time siang biasanya kat bandaraya,lepak2 d ctsquare,giant plentong teman aku cari buku,majalah2,n paling best teman aku mkn coz aku mmg kuat mkn,biasanya mcd(ms tu x boikot lagi) n kfc,etc.. kitorg selesa jumpa n borak2 cite kisah2 zmn blajar,paling best cite pasal masalah cinta.. dia dlm proses nk mnerima btul2 seseorg yg brada klang,stelah lama dia bkawan,aku plak dlm proses nk menerima or x I n juga masih lagi mngenangkan cinta yg laluu..kami sama2 dlm dilema.. kdg2 kami luah prasaan masing2.no heart feeling.ms tu juz luah je,masa mula2 jumpa kat JB, ajak dia jln2 kat giant plentong kat ngn umah beli brg2,time tu pernah dia tnya "azyu,kalu aku masih nk kat ko balik ko nk x kat aku?" aku jawab "x sey eh,rs mcm best jd kawan plok" kami sama2 gelak..ms tu aku jd tringat ms kami blajar dlu (dlm hati je aku jawab, "kalolah ko tnye aku soklan ni ms kita blajar dlu kan best,cfirm aku nak..)cinta dh pudar dh slps lama x jumpe..huhu.lgipun penah dgr dia ada suka plak sorg kwn aku ms duk sa.tp bg aku dia yg pertama aku jatuh hati ms blajar d uitm arau..lps aku balik trg, n dia transfer keje d SA@Klang kami trus lost contact. sorg lagi ketika d JB, (ms tu stgh taun lagi balik ke trg), kwn aku dr uitm arau n sa jg ade dtg further master d utm skudai.aku namakannya sbg H.kami btemu d sane scr x sngaja.dlu kami sama2 study n bleh dkatakan bkawan baik jg.. bila dia ada d JB kami biasa bjumpa d bandaraya,tgk wayang. dia,slalu amik berat,kalo x msg dia call.secara x sngaja dia mluahkan prasaan,nak step yg seterusnya.time tu luka d hati aku masih lgi blum sembuh.. ms tu aku hanya bg syarat kat dia kenal dlu sedalam2nya..walupun dh lama bkawan tp aku masih blum kenal dia sedalam2nya.aku xnak terikat ape2.aku minta bg tempoh setahun n dlm ms setaun tu kalo tetiba dia or aku dh jumpa seseorg bgtau la.kalo xjumpa n still lagi bsama baru fikir ke peringkat seterusnya..kami sama2 setuju.. ari mggu kami btemu.. dgn I aku sdh jarang btemu,ntahla.jarang sgt bjumpa..time tu rs x brani,rs bsalah sgt2..
pastu berbalik pd mr.sweetheart,yg aku mmg x tjangka berjodoh dgnnya..masa dlm proses bshabat,slalulah dia n kwn2 call n msg aku..aku layan je juz sbg kwn,aku pun x jangka sbb kami pun bjauhan,jumpa pun time aku balik cuti tu pun blum tentu jumpa.pernah jumpa kali kedua (1st time jumpa ms kat umah aku ry taun2004,ms tu kami baru kenal) kat karaoke,aku p karaoke bsama adik2 n geng2 dia yg mrupakan kwn2 mr.sweetheart jgk.tetiba mr.sweetheart masuk join sama.pastu g mkn sama2 ramai2..waktu tu mmg lgsung xde perasaan,hanya lbih kpd suka pd pwatakan dia yg gabra n klako..kiranya start pd situla mula btul2 bkawan tp mcm kwn2 yg lain..blik JB kami still bhubung,bkn dgn mr.sweetheart je tp ngan kwn2 dia yg lain. dialah yg slalu msg n call.kdg2 kena marah sbb ggu aku time keje..tp lama klamaan kami jd rapat,bleh kongsi2 cite hggalah dia luahkan prasaan dia.waktu tu aku xleh trima lagi sbb luka prasaan masih belum sembuh lagi.aku hanya bg syarat yg sama seperti aku bg pd H dan aku minta dia rahsiakan dr kwn2 yg lain dlu sbb bg aku time tu aku mmg x yakin nk bcinta dgnnya .. sehinggalah d waktu ketika itu aku dpt email kad jemputan yg si cinta lalu sdh nak kawen..luluh hati ketika itu..pd ms yg sama tu dpt call dr mr.sweetheart.kitorg borak2 n bcerita ttg ni pdnya sampai aku x sedar aku sdg mngis.dia bnyk mbantu mlegakan rs sakit dlm hati aku,dlm nangis2 pun aku boleh gelak2..sjak pd tu rs mcm sronok bkawan dgn dia n rs serasi je bila borak..spanjang bkwn dgnnye bleh bilang ngan jari sekali or 2x je aku pernah call dia tu pun kalo ade pkara penting,aku xpandai nk call dia sbb xtau nk borak ape.tp bila dia call aku mcm2 bleh borak shinggala timbul 1 prasaan selesa.dan bmulalah kisah kami (dah cite dlm penulisan dlm blog sebelum ni).. AKHIRNYA aku djodohkan dgn org terengganu jgk,dekat plak tu..x tersangka ini jalan pcintaan aku, dr mula2 kenal sampai skrg dia masih seperti dlu,sanggup brubah mahu jd seorang yg lbih baik dr dlu, seorang suami yg tlalu amik berat,lemah lembut,romantik,suami n ayah yg pnyayang di ketika inila, aku xtau la akan dtg macamane coz manusia bleh brubah,hanya doa,usaha n tawakal smoga jodoh ni kekal.. Aku mharapkan biarlah pcintaan ini sampai ke syurgaNya.. Berdoa smoga kami sentiasa saling mnyintai sampai ke akhir hayat n sampai ke syurgaNya..insha allah..aamiin..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails