Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

17 February 2014

Boy..jangan putus asa..

Tak dapat nak tahan air mata bercucuran jatuh.. terlalu mharapkan agar Allah menganugerahkan keajaiban utk dia sembuh..aku x brani dan tak bsedia lagi nak kehilangan dia..Ya Allah Kuatkanlah dia n berikanlah dia sembuh Ya Allah..aku mharapkan keajaiban dariMu..Kau berikanlah yg terbaik utk dirinya..
Boy,mu kena kuat,aku xboh kehilangan mu lagi tuk masa ni..aku rindu gelak tawamu,aku rindu nak kongsi cerita n bgaduh dgnmu.. aku sentiasa ingt kata2mu dlu..mu kate kalo aku sakit mu akan bantu merawat aku..tolong boy..jgn putus asa..aku xdapt nak luahkan pada sesape betapa sakitnya hati ni,luluh jiwa ni,rasa xpercaya dgn berita ini..bila kakna n zuki pergi melawatmu,aku hanya mharapkan berita gembira.aku xboh dengar berita2 buruk pasal mu..tapi..bila kakna kate mu jd kurus kering,cekung,doktor bg ubat tahan sakit paling kuat buat aku jadi sebak,terasa mau je mlompat pegi jupe mu..mu sahabat baik ku .aku teramat mharapkan agar mu sembuh spt dulu..Tolongla boy,kuatkan semangatmu,jangan putus asa..tolong boy..
Ya Allah,hanya padaMu aku memohon pertolongan,Kau berikanlah keajaiban agar dia kembali sembuh..berikanlah peluang utk dia hidup lama n mngabdikan diri padaMu..Ya Allah...Ya Allah.. Laa haulawala quwwata illa billah..



Boy bersama kluarganya..

Boy bersama sahabat2 pjuangannya.. cita2nya menjadi doktor tercapai..tapi Allah uji dia menjadi seorg pesakit..semoga dia kuat n berjaya dgn ujianNya..

Boy dengan kakak sulongnya kak noni pada hari raya tahun lepas..time ni boy dah sakit,dia dah kurus..

16 February 2014

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails