Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

18 June 2013

Meminta maaf dan Memaafkan part iii

♥♡♥
Kita semua kena berusaha. Berusaha untuk memperbaiki diri dari sekarang. Setiap dari kita pernah mempunyai sejarah silam. Mungkin dulu kita jahil, mungkin juga sebab ikutkan nafsu. Tapi cerita semalam dah berakhir. Apa yang ada adalah cerita hari ini. Bagaimana kita menghadapi dan melalui hari ini. Itu yang penting. Kalau kita dah sedar, ALHAMDULILLAH. Kita masih punya masa. Jangan berlengah! Mulakan sekarang! Apa yang penting, tolonglah. Tolong bertaubat sebelum kita semua terlambat. 
♥♡♥
Satu perkara lagi yang saya nak sentuh. Tentang hubungan kita sesama manusia. Jagalah sebaiknya. Berkasih sayanglah sesama manusia. Maksudnya berbuat baiklah sesama kita. Jangan zalimi orang lain. Bersedialah untuk membantu orang lain, bersedialah untuk memaafkan orang lain dan selalulah meminta maaf kepada orang lain.
Boleh bayangkan tak kalau kita buat yang tak baik kat orang tu, lepas tu orang tu meninggal sebelum sempat kita minta maaf. Ya ALLAH, dapat bayangkan tak? Mudah-mudahan kita terhindar dari perlakuan tersebut. Jadi, jom saling maaf dan memaafkan antara kita.Kita kena ingat, hidup ni juga kena saling ingat-mengingatkan.
Saya ingatkan anda semua, anda pun kena ingatkan saya. Kita semua ada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumiNya ini. Kena saling mengingatkan, means kita kena berdakwah. Tak semestinya berdakwah tu kena pakai jubah, berserban. Tak. Pakai baju kurung dan bertudung (bagi perempuan) dan pakai seluar dengan t-shirt (bagi lelaki) pun dah cukup. Asalkan tutup aurat dengan sempurna.
Belajarlah untuk sempurnakan diri kita. Walaupun kita tahu tak ada manusia yang sempurna macam Rasullullah SAW. Tapi sekurang-kurangnya kita kena penuhi garis panduan yang dah ALLAH tetapkan. Pembaca yang dirahmati ALLAH sekelian, kita nak tunggu apa lagi? Apa lagi? Tanya pada hati kita, besok masih adakah masa untuk kita hidup??? Jadilah manusia bijak yang berusaha meraih janji ALLAH. Bukan jadi manusia yang terus-terusan menzalimi diri sendiri.Please, kita berasal dari Syurga, tak kan kita nak biarkan diri kita masuk ke neraka nanti?? kesianlah kat diri kita. Kita deserve untuk Jannah! Jom berubah mulai sekarang. :)
Psttt: salah satu hikmah disebalik memaafkan dan mohon kemaafan adalah rezeki akan bertambah-tambah tidak kiralah kita bekerja makan gaji atau buat bisnes sendiri seandainya kita ikhlas memaafkan dan bersedia untuk mohon kemaafan dari orang lain..
dari ust zahazan
☆dr sumber rujukan islamiii




Meminta Maaf dan Memaafkan Part ii..

♥♥♥
Bagi yang sudah brubah or dlm proses berubah,Tetapkan niat untuk berubah dan tetap sabar. Allah tak pandang hasilnya tapi Allah pandang usaha kita untuk berubah. Dunia ini hanya penjara buat orang islam dan kita akan menuai hasilnya di akhirat kelak. Kalau kita ada buat salah dengan sesiapa pun, tak kira umur, kena minta maaf. Kalau kita buat salah dengan Allah kita mohon ampun dengan Allah tapi bila mana kita buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia. Boleh jadi hanya disebabkan kita tidak mendapat kemaafan dari manusia yang kita buat salah dengannya di dunia dulu, seseorang yang sepatutnya masuk Syurga ditarik ke dalam neraka. Nauzubillah..

♥♥♥
Kalau ada orang yang buat salah dengan kita, cuba maafkan. Meskipun sukar tapi cuba kita fikirkan. Siapa kita nak bongkak tak nak maafkan manusia yang buat salah dengan kita? satu jari kita tunjuk dia kerana kesalahannya, empat lagi menuding ke arah diri kita sendiri.
Perkataan maaf adalah pkataan yang paling mahal. Kerana kita yang sebenarnya salah menilai kata maaf seseorang itu. Hanya Allah saja tau sama ada kata maaf itu ikhlas atau tidak. Kita sebagai hamba terima saja maafnya dan melupakan hal lalu. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang sanggup memaafkan salah manusia lain meskipun terlalu sukar.



JAUHI Sifat Salah Sangka dan Bangga Diri (Riak)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..
KALI NI nak cite pasal Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong.. hmm ni adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedar bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.Walau sebaik mana pun kita,or walau kita sudah or dlm proses mngalami prubahan ke arah kebaikan, jgn ada sifat seperti ini..
Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."
Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."
Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."
Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.
01. Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya.
☆Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya.
☆Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.
Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. Lebih parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su'u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.
02. Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain.
☆Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)
Jadi kita sama2 kena ingat Salah sangka atau buruk sangka ini adalah satu sikap yang amat-amat kurang baik dalam hidup kita ini..mempunyai sikap yang berburuk sangka begini haruslah kita elakkan kerana jika berburuk sangka pada perkara yang benar tak apa juga tapi kalau buruk sangka pada perkara yang sebaliknya amatlah tidak elok..Susah juga kalau kita ada sikap salah sangka atau buruk sangka pada orang lain..walau apa pun jua kenalah selidik dulu samada ia betul atau pun tidak jangan main serkap jarang jer yer..berfikiran terbuka la pada semua perkara juga pada orang lain semoga sikap yang buruk itu dapat kita elakkan dari fikiran dan minda kita.. jauhilah sikap buruk ini kerana ianya boleh membuatkan kita jadi seperti seorang yang tidak elok di pandangan mata orang lain..
Sumber dr rujukan2 islamiah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails