Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

07 March 2013

Wanita by: prof muhaya

Wanita -Prof. Dr. Muhaya
Mukaddimah:
Hari ini saya bincangkan spesifik untuk wanita kerana saya teringat kisah Nabi Adam yang berasa sunyi ketika di syurga lalu diciptakan Hawa untuknya. Jadi wanita ini sangat penting sebenarnya, tetapi bukanlah saya mengatakan yang kaum lelaki tidak penting. Daripada kaum wanitalah lahir golongan ibu. Namun tak semua wanita Allah izinkan jadi ibu. Wanita, ketika dia mengandung, segala yang dimakan, difikirkan, dirasakan, semuanya akan mempengaruhi janin. Setelah melahirkan, ibu menyusukan. Jadi segala emosi, perasaan dan makanan ibu akan mempengaruhi susu yang dikeluarkan yang digunakan untuk tumbesaran otak dan fizikal anak. Wanita juga menentukan ‘mood’ di rumah. Berapa ramai wanita yang jika dia ‘bad mood’ di rumah, habis satu rumah pun ‘bad mood’ kerananya? Suami biasanya akan mengikut ‘mood’ isteri.Wanitalah yang menentukan menu keluarga. Jadi jika wanita itu berilmu, dia akan memilih makanan yang baik dan sihat. Begitu juga makanan rohani. Wanita yang akan menentukan rancangan tv dan radio mana yang akan dipasang di rumah. Makanan rohani seperti emosi dan kasih sayang juga ditentukan oleh wanita. Sama ada dia akan puji suaminya atau kejut anak dengan kasih sayang, semuanya diputuskan oleh wanita. Begitu juga dalam soal kewangan. Kebiasaannya wanita yang akan tentukan apa yang akan dibeli, makanan dari kedai mana yang ingin dicuba, perabot apa yang diinginkan, langsir mana perlu ditukar dan sebagainya. Orang lelaki biasanya baik dan mengikut sahaja. Oleh sebab itu lelaki yang kaya ada tiga sifat – mempunyai hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir dan isteri yang solehah. Sesiapa yang dapat isteri solehah memang beruntung kerana apabila urusan akhirat dijaga, urusan dunia pun terjaga sama, anak pun dididik dengan elok. Jadi saya ingin seru agar semua wanita pasang niat untk jadi wanita solehah. Saya tulis di FB saya – “Hari ini niat fikir baik, rasa baik, buat baik.” Hari ini siapa bekerja dengan baik, InsyaAllah bahagia bila balik rumah nanti. Seterusnya lihat semua orang dengan kebaikan. Jadilah pemerhari diri sendiri, bukan sibuk mencari kesilapan orang. Jadi saya harap semua wanita yang mendengar hari ini, sama-sama kita berusaha menjadi wanita mukminah.
Soalan & Jawapan:
S: Saya dan suami OKU penglihatan disebabkan ‘Glucoma’. Suami rabun. Anak baru berumur setahun setengah. Matanya sekarang selalu merah sebelah dan saya risaukan kesihatan matanya?
J: Betul, penyakit ‘glucoma’ ada sedikit peratusan untuk diwarisi. Tetapi saya lebih suka ambil prinsip ini – Hidup kita adalah apa yang kita jangkakan. Kerisauan ibu akan beri aura negatif pada anak. Jadi lebih baik bayang dan fokuskan yang anak ini akan sihat. Jangan terlampau fokus pada matanya yang merah, tetapi fokus pada kakinya yang boleh berjalan, jantungnya yang sihat dan lain-lain lagi. Fokus pada kesyukuran, bukan kesukaran.
S:Saya seorang yang cepat marah sebab dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas, jadi bagaimana saya nak ubah?
J: Tentang marah pula – Kita mesti marah pada waktu yang betul, pada orang yang betul, pada kadar yang betul dan dengan sebab yang betul. Bila marah tanya diri kita – adakah kerana peribadi atau kerana agama? Marah kerana agama dibenarkan, tetapi jika marah apabila orang tak buat sesuatu mengikut citarasa kita, itu sebenarnya ego. Jadi bila ego, syaitan banyak bersama kita. Jadi kita semua termasuklah saya ingin melawan marah kita. Jadi kita kena selalu ingat bahawa hanya orang yang ego suka marah. Memang betul, jika dibesarkan dalam suasana dimarahi, kita mudah mengikut cara yang begitu juga. Tetapi bagus kerana Puan sudah sedar dan ingin perbaiki diri. Buat satu jurnal dan catit berapa kali dan kenapa kita marah. Bila terasa nak marah anak atau suami, bayangkan yang anak dan suami akan mati esok. Saya sendiri cuba mengamalkan prinsip bahawa hari ini adalah hari terakhir saya hidup. Jadi bila hari terakhir, kita akan optimumkan masa yang kita ada, tiada masa nak marah, merajuk, mengumpat dan sebagainya.
S: Saya seorang isteri, ibu yang bekerja dan pelajar jarak jauh. Kebelakangan ini saya agak tertekan dengan lambakan ‘assignment’ dan pengurusan rumah tangga. Saya mencadangkan untuk makan di luar tetapi suami tidak setuju dan ingin membantu menguruskan anak sambil saya memasak. Saya tidak dapat membahagi masa dengan bijak dan rasa semua tugas saya nak laksanakan. Mohon panduan Prof untuk cari penyelesaian.
J: Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini. Bahagikan kerja kepada apa yang hanya kita boleh buat dan apa yang orang lain boleh bantu. Perhatikan juga kualiti masa yang diluangkan bersama anak. Saya pun kurang setuju makan di luar – kita tak tahu orang itu solat atau tidak, kebersihannya macam mana, kualiti bahan mentahnya bagaimana. Badan kita terlalu bernilai untuk dimasukkan makanan yang kita tak tahu sumbernya. Buat perancangan memasak, tak perlu masak yang susah-susah. Sediakan bahan asas seperti bawang dan cili awal-awal. Kita boleh potong sayur siap-siap sehari sebelum. Jadi bila balik dari kerja, terus mula masak. Saya sendiri buat begitu dan biasa masak menggunakan 4 dapur sekaligus. Buat perancangan dan jangan buat alasan. Buku saya yang seterusnya bertajuk ‘Selamat Tinggal Alasan.’ Wanita, jika sambung belajar atau jawatan tinggi, jangan cepat lupa diri dan berlagak sombong. Biarlah belajar kerana Allah, untuk dapat ilmu dan beri manfaat pada orang. Jangan belajar kerana nak kejar ‘title’. Jangan beri nilai diri kita pada ‘title’ Masters atau Degree yang kita pegang. Buang semua sifat itu. Belajar untuk ilmu, bukan untuk pangkat. Belajar untuk tahu, bukan untuk lulus. Belajar untuk kebijaksanaan, bukan untuk sanjungan orang. Ingat semua ini, InsyaAllah dapat keberkatan. Buat juga perancangan untuk jadual anak-anak. Berbincang dengan suami dan jika suami tidak setuju, isteri kena taat. Hanya ketaatan pada suami boleh beri kebahagiaan pada isteri. Jika suami tak gembira, pasti isteri takkan bahagia juga.
S: Saya selalu ingin bawa kebaikan dalam keluarga. Bagaimana untuk melakukannya secara konsisten dan berdisiplin? Saya bersyukur mempunyai suami dan dua orang anak.
J: Puan ini termasuk dalam golongan beraura tinggi kerana mempunyai emosi kasih sayang dan kesyukuran. Tanpa dua emosi ini, kita pasti risau, tertekan, takut, marah, benci dan dendam. Inilah orang aura negatif. Orang aura negatif, anaknya sentiasa sakit dan suami pun tidak sukakannya. Jadi pastikan indeks emosi kita penuh dengan kasih sayang, kesyukuran, penghargaan, memuji orang dan melihat kebaikan orang. Tetapi, biasalah orang kita bersemangat itu sekejap sahaja. Jadi saya pun ambil peluang untuk promosi sedikit di sini. Saya telah terbitkan buku yang dipanggil ‘Jurnal Inspirasi Diri’. Jurnal selama 40 hari ini akan membantu anda berubah. Pada hari pertama, saya berikan kata-kata hikmah dan minta pembaca menulis setiap hari ‘Saya gembira dan bersyukur kerana….’, ‘Apakah fikiran negatif yang menghalang kejayaan saya?’, dan ketiga ‘Apakah tabiat negatif yang saya boleh ubah untuk mencapai kejayaan.’ Terdapat juga lima kategori iaitu Misi, Visi & Matlamat harian, Lima fokus dan audit harian untuk hal-hal berkaitan fizikal, mental, kerohanian, hubungan dengan orang lain dan kewangan. Saya ada berjumpa dengan seorang wanita yang sudah buat jurnal selama 24 hari dan katanya dia sungguh tenang. Dia menceritakan pengalamannya dalam jurnal itu - pada permulaannya penuh dengan perkara-perkara negatif tetapi semakin lama semakin banyak perkara positif yang direkodkan. InsyaAllah setelah 40 hari nanti akan terus berubah menjadi positif. Tak kisahlah nak buat jurnal macam mana sekalipun, tapi jurnal adalah sesuatu yang sangat membantu. Apabila kita menulis, otak akan membaca dan merangsang sel otak untuk mengeluarkan hormon berdasarkan imej yang kita ada. Jadi jika imej itu positif, hormon positif yang akan dikeluarkan. Tetapi jika gambar negatif, hormon negatiflah yang akan keluar.
S: Saya mohon nasihat kerana saya baru balik kursus perkahwinan dan saya perhatikan banyak pasangan sebelum berkahwin lagi telah intim.
J: Betul, saya sendiri teringin untuk membuat satu kursus yang dipanggil “Kursus Bakal Pengantin”. Saya minta maaf jika ada pihak yang terlibat dengan kursus perkahwinan yang terasa, tetapi pada pendapat saya, pengisian kursus perkahwinan bukan sekadar kepada teknikal tetapi perlu lebih kepada kerohanian. Saya juga ingin berpesan agar mereka yang ingin berkahwin menjaga batasan pergaulan. Saya ada mendengar daripada rakan Ustazah Pilihan bahawa banyak pasangan yang mengalami masalah rumahtangga adalah mereka yang tidak menjaga batasan pergaulan sebelum berkahwin. Jadi, kepada semua bakal pengantin, terutamanya wanita, tolong jaga diri. Timun yang dilonggok di pasar murah saja harganya, tetapi buah yang mahal, dibungkus rapi dan diletak di tempat yang tinggi. Jadi jika kita jadi wanita yang terbuka sana, terbuka sini, masuklah kita dalam ‘longgokan’ timun yang murah itu. Tetapi jika kita menutup diri dengan rapi, jadilah seperti buah yang ekslusif. Jangan sekali-kali kata yang saya zahir saja begini, tetapi hati baik. Dalam Islam, jika hati tidak baik, luaran pun tidak akan baik. Dunia dalaman mempengaruhi dunia luaran kita. Kita ada akal, ada hati dan fizikal yang yang melakukan apa yang tersirat di hati.
S: Macam mana nak tetap dalam memberi teguran kepada suami dan anak-anak, kerana ada kalanya mereka melenting juga? Saya cuba beri pujian dan tegur dengan kasih-sayang, cuma sedikit risau kerana umur saya yang makin lanjut.
J: Ada tiga perkara yang kita tak boleh buat: Satu – menghukum orang, dua – mencari justifikasi atas kesilapan sendiri, dan tiga – menegakkan benang yang basah. Sebelum tegur orang, kita kena beri kasih sayang dulu. Jika ada kasih-sayang, bila ditegur orang mudah nak ikut. Orang dengar cakap kita bukan kerana kita pandai, tetapi kerana kita baik hati. Mungkin kita risau bila anak atau suami lambat berubah, tetapi cuba perhatikan walau 1% sekalipun perubahan yang dilakukan. Jangan fokus pada apa yang dia belum buat, sebaliknya fokus pada apa yang dia telah buat. Beri pujian dan galakan atas perubahan yang telah dilakukan. Jika masih belum berubah juga, kita tidak boleh berputus asa kerana hidayah itu urusan Allah SWT. Allah tidak melihat keputusan, tetapi Allah melihat usaha kita.
S: Apa persediaan terbaik seorang gadis untuk menjadi wanita yang soleh dan mampu menggalas tanggungjawab menyara keluarga kerana ayahnya sakit?
J: Dalam Islam, umur 25 tahun itu dewasa dan matang pada umur 40 tahun. Sebelum umur 25 tahun, banyak perubahan yang berlaku. Jadi cara terbaik menyediakan diri adalah mencari ilmu. Remaja wanita kena baca buku ilmiah untuk santapan rohani, jangan mengadap majalah fesyen , masakan atau hiburan sahaja. Hati perlu dididik dengan baik.  Bagi wanita yang perlu menjaga ayahnya yang sakit pula, daripada pengalaman saya, orang yang jaga orang sakit, InsyaAllah dia akan diberi kesihatan. Kenapa? Kerana Allah tahu kesihatannya digunakan untuk kebaikan. Jadi kita semua hari ini perlu berniat untuk menggunakan kesihatan yang ada untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kita perlu jadi orang mukmin, muhsin (buat perkara baik) dan muttaqin (sentiasa bergantung pada Allah) sepanjang masa. Jadikan keadaan ayah yang sakit sebagai peluang untuk menambah pahala. Arwah ayah saya selalu pesan – “Manusia tidak mahu buat baik kerana mereka tidak nampak pahala.” Itulah iman – percaya pada benda ghaib – dosa dan pahala adalah perkara yang kita tidak nampak.
S: Bagaimana pula jika kita sendiri sebagai ibu merasa tidak dapat memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak. Anak-anak tidaklah pula merungut, cuma saya tertanya-tanya cukupkah didikan yang diberikan selama ini?
J: Betul, saya sendiri pun rasa begitu dan saya juga minta maaf pada anak atas kekurangan didikan.  Saya minta anak mencari ilmu sendiri andai didikan saya tidak mencukupi. Betul, kita takut amalan kita tidak diterima Allah, tetapi pada masa yang sama, kita perlu mengharap pada Allah. Kita perlu imbangkan dan banyakkan imej positif – contohnya: “Hari ini aku hendak hidup seperti ahli syurga”, dan InsyaAllah kita akan berkelakuan baik hari itu.
S: Kakak mendapat penyakit yang diwarisi dari ibu. Dia selalu memarahi ibu dan membesarkan perkara-perkara yang remeh. Ibu pula diam sahaja. Bagaimana saya sebagai adik untuk menasihati kakak?
J: Bukan mudah nak nasihatkan orang, terutamanya kakak kita pula. Kita juga perlu berasa kasihan dan cuba memahami keadaan kakak yang mungkin sukar menahan kesakitan kerana penyakitnya itu. Cuba beri kasih sayang pada kakak dan berhenti memandangnya dengan pandangan yang negatif. Mata kita hanya nampak apa yang kita percaya. Jadi jika kita bersangka buruk, kita takkan nampak kebaikan yang seseorang itu lakukan. Saya yakin ibu itu diam kerana dia mengampunkan. Bila kakak buat baik, puji dan beri galakan padanya. Bila imej dirinya positif, dia pun akan banyak buat tindakan positif. Saya menyeru semua wanita agar berniat untuk menjadi wanita solehah dan tetapkan ‘Top 10 Goals’ – contohnya – solat tepat pada waktu, tutup aurat dengan sempurna, doa diringankan jodoh, minta dapat zuriat yang baik dan sebagainya. Dengan impian dan imej positif sebegini, InsyaAllah kita akan berubah ke arah kebaikan.
S: Suami seorang yang baik, tetapi tidak solat dan sukar untuk memintanya solat. Anak-anak semua solat. Bagaimana untuk mengajaknya solat?
J: Saya nak cerita sedikit: Baru-baru ini anak saudara terdekat saya nak berkahwin, jadi saya tanya dia, “Tunang ni solat 5 waktu tak?” dan jawabnya “Entah”. Orang sekarang tidak menitik-beratkan soal agama dalam mencari pasangan hidup. Yang kedua saya tanya, “Merokok atau tak?”. Pada pendapat saya, jika solat tak buat, merokok pula, saya nasihatkan pada kaum wanita jangan ‘masuk mulut buaya’ sebegini. Saya minta maaf kerana saya agak tegas dalam hal ini. Kepada Puan yang bertanya, saya ada pengalaman begini juga, di mana suami seorang saudara baik orangnya cuma tidak solat. Alhamdulillah di akhir hayatnya Allah beri hidayah untuk dia mengerjakan solat. Mungkin kerana akhlaknya dengan manusia baik. Jadi, Puan perlu teruskan berdoa dan jangan pandang negatif pada suami. Mohon semua pendengar turut doakan hidayah untuk suami Puan juga.           
S: Alhamdulillah, berkat mengamalkan nasihat dan kenyataan yang Prof berikan memberi kesan positif kepada anak-anak saya. Baru-baru ini anak sulung yang berumur 17 tahun menulis di kenyataan di dinding FB menyatakan terima kasih kerasa saya bersabung nyawa untuk melahirkannya.
J: Sempena Hari Ibu ini saya nak juga sebut, kepada para suami muda yang baru melihat kesusahan pertarungan isteri untuk melahirkan zuriat, hargailah isteri anda. Tetapi yang lebih penting lagi ialah hargailah ibu anda 100 kali ganda lebih kerana begitulah juga sukarnya ibu melahirkan anda ke dunia. Saya pernah sebut begini kepada seorang saudara lelaki, dan bila ibunya dengar, berjurai jatuh air mata ibunya. Ibu takkan sebut atau ungkit perkara sebegini, jadi saya nak sebut bagi pihak semua ibu di Malaysia. Setelah melihat kesusahan isteri melahirkan anak, kenangkanlah ibu anda, ‘sujudlah’ padanya dan berterima kasih kepadanya atas segala yang diperolehi di dunia. Kepada kaum isteri pula, ingat untuk berterima kasih kepada ibu mertua. Lebihkan ibu mertua daripada ibu sendiri kerana kita baru kenal ibu mertua kita. Ucapkan terima kasih kerana mereka melahirkan, menjaga dan mendidik suami kita sehingga suami menyayangi, melindungi dan membimbing kita ke syurga, InsyaAllah. Ibu mertua pun begitu, lebihkan menantu daripada anak sendiri, kerana anak kita dah kenal dari dalam perut, tetapi menantu kita baru kenal.
S: Biasanya suami lebih sayangkan isteri daripada ibunya sendiri. Mohon komen Prof.?
J: Isteri jangan jadi penyebab suami derhaka kepada ibunya. Sesiapa nak pilih menantu lelaki, lihat bagaimana ayahnya melayan ibunya. Anak biasanya akan ikut cara ayahnya, jadi bagaimana ayah melayan ibunya, begitulah dia akan melayan anak perempuan kita nanti.
S: Saya cuma nak berkongsi pengalaman. Yakinlah yang Allah akan beri kebahagiaan kepada kita apabila kita berniat untuk buat baik dan tinggalkan kejahatan sepanjang masa.
J: Saya setuju, komen yang tepat sekali.
S: Saya pelajar tahun akhir IPTA dan saya semakin sibuk dengan projek akhir semester, dan fikiran agak serabut kerana fikir nak cari kerja dan juga fikir nak kahwin. Mohon Prof kongsi tips atau pengalaman untk menghadapi situasi begini.
J: Seorang anak muda yang proaktif kerana dah fikir tentang masa hadapan. Manusia ada tiga jenis – buat benda berlaku, tunggu benda berlaku atau tak tahu apa yang berlaku. Orang yang buat benda berlaku cuma 5% sahaja dan inilah orang yang berjaya. Kebanyakan kita hanya tunggu sesuatu berlaku dan kemudian baru fikir apa yang perlu dilakukan. Dalam menghadapi semester akhir ini, tentukan apa keutamaan kita. Tanpa keutamaan, kita tiada kehidupan. Orang yang tiada masa adalah kerana dia tidak ada keutamaan, tidak mahu untuk mendahulukan yang mana satu. Jadi saya nasihatkan jangan buat semua perkara serentak (multi-tasking). Buat satu perkara pada satu-satu masa. Saya nak kongsi satu formula – sebelum tidur, tulis 6 perkara yang kita nak buat esok hari. Lepas itu bila bangun, buat yang pertama dulu. Masa buat perkara pertama, jangan fikir perkara kedua. Sudahkan yang pertama dahulu, kemudian baru mula perkara kedua. Kita kena tulis atas kertas, bila tulis, perkara yang perlu dibuat jadi lebih jelas. Jangan sebut perkataan serabut kerana bila dah tulis, tak banyak sebenarnya perkara yang perlu dibuat itu. Contohnya jika tak boleh balik kampung kerana ada tugasan penting, telefon ibu mohon izin tidak dapat pulang untuk siapkan kerja. Penyelesaian cuma ambil masa 2-3 minit sahaja. Saya juga ingin cadangkan kita mohon doa minta keberkatan waktu. Dengan keberkatan dalam waktu, contoh macam sekarang, rasa sekejap sahaja tetapi banyak dapat berkongsi ilmu. Syukur, Alhamdulillah. Tentang soal nak kahwin pula, bolehlah buat perancangan awal. Tentang bagaimana nak jadi pelajar cemerlang pula, saya ada kongsi tips dalam sebuah buku, jadi boleh dapatkan buku dan jadikan rujukan. Cari kawan-kawan baik yang dapat membantu kita fokus dalam pelajaran. Jika nak buka FB, buka untuk satu minit sahaja. Buka dan cari kata-kata inspirasi, contohnya dari ‘Fanpage’ saya dan kemudian tutup.
S: Apa pandangan Prof memukul anak untuk mengajar?
J: Ini jangan buat langsung. Anak-anak masa 0-7 tahun akan ‘download’ semua apa yang kita buat. Jadi bila kita pukul dia, dia akan belajar bahawa untuk mengajar perlu dipukul. Ini juga boleh menjadi punca kes buli di sekolah. Kita kena ajar anak menggunakan kasih sayang. Banyakkan belaian dan pujian. Anak-anak yang dipuji akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai perkongsian, saya masa kecil dahulu, selalu dipuji “Bertuah, pandai” dan tidak pernah dikata bodoh.
S: Bagaimana untuk mengubah sikap suami yang panas baran selain berdoa, kerana isteri dan anak-anak sering menangis dan memendam rasa dengan sikap bapa.
J: Cuba gunakan ‘handphone’ dan rekod waktu ayah tengah marah. Masa ayah sedang ‘mood’ baik cuba tunjukkan balik padanya. Kadang-kadang orang yang marah ini dia kurang keyakinan diri sebenarnya, jadi isteri cuba puji suami lebih sedikit. Orang yang berjaya biasanya sangat lemah-lembut dengan isteri. Orang yang tak berkuasa yang biasanya tak tunjuk kuasa. Orang yang tak tahu yang ‘banyak’ bercakap.Saya minta maaf dengan semua ustaz, ustazah dan orang lain yang lebih berilmu. Saya suka menerima teguran, jadi jika ada kesilapan mohon teguran.    
Note: panduan untuk diri sendiri

RESET MINDA: PENYABAR by PROF MUHAYA

Prof muhaya..
Setelah membincangkan beberapa siri tentang kerjaya, saya ingin fokus kepada sifat-sifat positif pula dalam rancangan ini. Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai dan ianya memerlukan perjuangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam apa jua yang kita lakukan, tanya diri, adakah urusan yang dilakukan itu adalah urusan di jalan Allah atau tidak? Kalau kita diberikan kesibukan oleh Allah, itu maknanya Allah tahu yang kita mampu. Semasa kecil lagi, kita telah diajar yang sabar itu separuh daripada iman, orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan memiliki sifat ini.
Daripada pengalaman sebagai doktor pula, saya banyak melihat kes-kes yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah walaupun sudah dibuat temujanji dengan doktor, selalu berlaku kelewatan kerana prosedur yang perlu diikuti ada banyak. Jadi alangkah baiknya jika semua orang di Malaysia, tak kiralah jawatan apa sekalipun, sama ada doktor, jururawat, pesakit, guru dan semua orang memiliki sifat sabar. 
Manusia ada dua jenis – pertama: orang yang mempunyai kesedaran keegoan dan ikut nafsu, kedua pula mempunyai kesedaran ketuhanan dan ikut iman. Orang yang ikut nafsu inilah yang cepat nak marah – semua nak cepat, nak ikut cara dia saja, pentingkan harta, pangkat, ingat nak menang saja. Orang begini jika berlaku kelewatan, dia akan mudah marah kerana merasakan dirinya penting dan orang lain perlu beri layanan istimewa kepadanya. Saya dulu begitu juga. Keburukannya ialah apabila kita marah, hormon-hormon negatif akan dikeluarkan. Begitu juga jika selalu takut, panik, risau atau sifat-sifat negatif lain. Sifat-sifat ini akan menghilangkan segala khasiat makanan-makanan baik yang kita ambil, dan mengeluarkan hormon yang merosakkan badan pula. Sebaliknya jika hidup dengan kesedaran ketuhanan dan menggunakan keimanan dalam setiap reaksi kita, kita akan sentiasa:
◆bekerjasama,
◆menghargai orang lain,
◆penuh kasih sayang,
◆melihat kebaikan pada seseorang atau pada setiap kejadianbermurah hati,
◆berterusan memperbaiki diri,
◆danmenerima manusia seadanya
Semasa menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan, amalkan sifat sabar. Contohnya jika berlaku kelewatan dalam temujanji dengan doktor. Jika kita memberi reaksi negatif, kita sendiri yang akan tertekan. Tetapi jika redha, kita akan berasa lebih tenang. Gunakan masa yang ada untuk buat perkara lain dulu, contohnya boleh solat hajat, baca Quran, dan sebagainya. Berusahalah menjadikan sifat sabar itu sebagai tabiat kita semua.
Ibu merupakan seorang yang cukup penyabar, sebab itulah jika diperhatikan ibu jarang sakit. Oleh itu, bila ibu sudah tua, sebagai anak, kita perlu juga banyak bersabar dengan karenah ibu kita. Tiba-tiba saya dapat idea, para ibu, bila anak kecil mengamuk, buat perangai, rakam menggunakan video dan simpan. Esok-esok bila dia sudah besar, tunjukkan kembali padanya, kerana lumrah manusia ini sangat mudah lupa.
Senarai soalan & jawapan:
S: Alhamdulillah setelah banyak mendengar ucapan Prof, saya berubah menjadi seorang yang lebih penyabar dengan anak dan suami dan mendapat kehidupan yang lebih bahagia. Terima kasih.
J: Syukur, Alhamdulillah. Inilah yang saya katakan, apabila kita berubah, dunia akan berubah bersama kita.
S: Saya cepat marah pada anak yang suka tidur selepas solat Subuh sehingga membawa ke tengah hari. Suami menegur agar saya jangan marah kerana anak cuma balik sekali-sekali. Anak sudah berumur 20 tahun. Mohon nasihat Prof.
J: Pertama, Puan bersyukur tak ada anak yang sihat, tak terlibat dalam kemalangan? Jika bersyukur, kita kenalah layan anak kita dengan baik. Dalam masyarakat kita ramai yang menyesal setelah seseorang itu mati, kerana ketika hidup asyik bergaduh, tak bertegur-sapa dan sebagainya. Oleh itu saya nak sarankna semua ibu bapa, pembuat polisi, guru-guru tadika agar menanam cita-cita pada anak-anak untuk menjadi ahli syurga. Jika tidak rugilah umur yang diberikan kepada kita. Sekarang anak Puan sudah berumur 20 tahun, mungkin 20 tahun yang lalu Puan tidak mendidiknya untuk menjadi ahli syurga, sebaliknya menekankan pencapaian akademik semata. Cuba Puan jadi seorang yang tenang terlebih dahulu. Ibu yang tenang akan menenangkan anak-anak. Tegur anak-anak dengan kasih-sayang bukan dengan marah-marah. Anak saya pun sama juga, bila sekali-sekala balik, dapat makan sedap, mereka pun tidur dan bangun lewat juga. Jadi ibu perlu buat perancangan. Cuba beritahu anak esok nak pergi berkelah contohnya, saya jamin anak itu takkan bangun lewat. Atur aktiviti bersifat 'bonding time' bersama anak-anak. Dalam aktiviti itu sebut perghargaan kepada anak-anak. Kita kena ubah pendekatan dengan anak-anak. Selama ini kita asyik marah dan anak masih juga belum berubah, jadi ibu perlu ubah taktik juga. Albert Einstein kata, “Orang yang tak siuman ialah orang yang buat benda yang sama, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.
”S: Bagaimana untuk istiqamah menjadi orang yang sabar dan membuat kebaikan, kerana semakin kita ingin berubah, terasa semakin banyak dugaan yang datang?
J: Pertama, syaitan memang suka kita masuk neraka bersamanya. Sebab itu syaitan tidak ganggu orang kafir, tetapi ganggu kita. Bila dah tahu, kita perlu lebih bersedia untuk melawannya. Kita perlu terus-menerus berfikiran positif dan bersabar, sehinggalah ianya menjadi tabiat dan sebahagian daripada kita. Bila dah jadi tabiat, kita tak perlu fikir untuk bersabar, kerana secara automatiknya kita tahu untuk bersabar. Untuk membentuk tabiat positif memang memerlukan mujahadah dan disiplin yang tinggi. Boleh juga buat catatan jurnal untuk membantu, InsyaAllah.
S: Bagaimana untuk mengatasi anak yang pandai berbohong? Anak berumur 9 tahun dan berbohong contohnya bila ditanya sudah solat, dia mengatakan ya walaupun belum solat.
J: Anak berumur 9 tahun sudah ada akal dan mungkin dia mencari jalan untuk tidak melakukan sesuatu. Kita perlu ingat yang anak berumur 7-14 tahun akan ikut perangai orang-orang sekelilingnya. Jadi perhatikan juga diri kita sendiri, anak-anak yang lebih dewasa dan rakan-rakannya. Saya cadangkan supaya ubah fokus daripada sifat anak yang suka berbohong kepada sifat-sifat murni pada Rasulullah SAW. Cuba bacakan sirah-sirah Rasulullah atau para sahabat yang menunjukkan bahawa sifat berkata benar dan jujur membawa ganjaran yang lebih baik. Secara tidak langsung anak akan berfikir sendiri bahawa tiada gunanya dia berbohong. Tidak perlu memarahi sifat suka berbohongnya secara terus. Gunakan cerita yang memberi contoh nilai-nilai positif. Cerita merupakan satu bahan bantu mengajar yang baik untuk anak-anak.
S: Bagaimana membantu menenangkan rakan yang kematian anak kecilnya?
J: Kita semua dalam perjalanan menuju alam lain, iaitu alam barzakh dan akhirat. Beritahu kawan yang Allah telah memilih anaknya untuk jadi ahli syurga. Kita didik anak sehingga besar belum tentu lagi dapat menjadikan dia ahli syurga. Jadi bersyukurlah dan dekatkanlah diri dengan Allah. Ingatkan selalu bahawa Allah tidak akan menguji sesuatu yang kita tidak mampu menghadapinya.
S: Sebagai guru, ada kalanya saya tidak dapat menahan sabar dengan anak murid. Tetapi bila mengenangkan bahawa merekalah yang akan mendoakan saya nanti, jadi sejuk kembali hati dan bersemangat semula.
J: Para guru, sebelum melangkah untuk mengajar, semaikan dalam hati bahawa mencurahkan ilmu kepada anak murid itu sebagai ladang pahala yang akan dituai hasilnya di akhirat, InsyaAllah. Bersabar dengan ujian karenah anak-anak. Cuba kita berasa nikmat dalam kepayahan dan kesusahan yang dialami, kerana di situ adanya janji ganjaran Allah.
S: Mohon pandangan Prof untuk berdepan dengan ibu bapa yang garang?
J: Orang yang suka marah sebenarnya dia merasa rendah diri. Orang yang tiada apa-apa biasanya merasakan yang dia perlu 'tunjuk' pada orang lain. Orang yang sudah ada, dia takkan rasa perlu untuk menunjuk-nunjuk. Jadi bila nampak orang marah-marah, kita perlu rasa kasihan pada mereka. Imej diri mereka sangat negatif. Cuba bandingkan akhlak orang yang benar-benar berjaya dan orang-orang yang kurang berjaya. Selagi dunia dalaman tidak diubah, dunia luaran juga takkan berubah. Cuba kita sibuk betulkan diri kita sendiri, tak perlu untuk ubah orang lain. Jadikan segala tujuan, setiap perkataan, perbuatan kita hanya untuk Allah. InsyaAllah orang-orang yang mempunyai kesedaran ketuhanan, auranya sangat positif dan akan dapat membantu orang negatif disekeliling juga berubah, InsyaAllah.
S: Bagaimana untuk membantu abang yang tertekan kerana ibu dan adik-beradik lain tidak menyokong usaha abang untuk berubah?
J: Pertama, kita mesti menerima manusia seadanya. Mungkin pengharapan ibu sebagai ibu tunggal kepada anak agak tinggi. Jadi anak-anak jangan pandang ibu dengan negatif. Kena selalu ingat yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sedangkan ibu yang bukan Islam pun kita perlu hormat, inikan pula ibu kita yang sememangnya Islam. Kemungkinan reaksi ibu agak berlebihan. Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran ketuhanan tinggi dan yakin dengan bantuan dari Allah. Lihat semua situasi sebagai peluang mencari kebaikan dan bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Tahniah pada Puan yang mengambil berat hal adik-beradik. Cuba pujuk ibu dengan kelembutan, berikan hadiah, peluk ibu, kerana kelembutan tidak pernah kalah. Cuba dengar pandangan sebelah ibu pula. Cuba cari bantuan orang yang lebih arif untuk membantu abang. Jangan berkira dalam membantu adik-beradik. Esok di hari akhirat, kita akan sibuk mencari pahala, oleh itu ambil peluang membuat pahala sebanyaknya ketika kita masih mampu.
S: Saya cuba bersabar dalam menghadapi tekanan masalah, tetapi kesannya saya menjadi sakit pula. Mohon panduan dari Prof.
J: Kan saya dah kata, siapa yang 'stress' memang akan sakit. Buang perkataan 'stress' dari dalam kehidupan dan pemikiran. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengawal pemikirannya. Fokus pada mencari keredhaan Allah, bukan kepada perghargaan manusia.
S: Saya sukar mengawal perasaan marah pada anak yang masih kecil, baru berumur setahun lebih. Mohon nasihat Prof.
J: Wanita, jika ada suami, ada anak, ada sumber ekonomi yang bagus sudah ada syurga di dunia sebenarnya. Perhatikan berapa ramai wanita yang belum dapat jodoh, sibuk minta jodoh. Yang belum ada anak, sibuk minta anak. Tetapi bila dah dapat, banyak pula komen nak menjaganya. Jadi wanita, tolong ada sifat tawaduk. Tolong jangan rasa diri lebih daripada orang lain. Kita hanya berani marah orang jika kita rasa kita lebih daripada orang lain. Siapa kita untuk merasa begitu? Anak kecil itu, jika meninggal, terus menjadi ahli syurga. Saya teringat kata-kata Hasan Al-Basri, “Bila aku pandang orang kafir, aku merasa malu dengannya kerana jika dia mengucapkan kalimah syahadah, akan terhapus segala dosanya. Sedangkan aku memohon doa diampunkan segala dosa tetapi belum tentu lagi doaku dimakbulkan.” Begitu juga pandangannya terhadap anak kecil yang belum berdosa. Oleh itu bayangkan anak itu sebagai ahli syurga, oleh itu jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Saya ingin cadangkan pada orang yang suka marah, pakai getah pada tangan dan setiap kali ingin marah, tarik getah itu sebagai peringatan. Ini adalah teknik NLP dan boleh menjadi terapi yang baik untuk mengawal marah. Begitu juga jika kita suka mengumpat, tampar pipi sebagai peringatan. Lama-kelamaan kita akan boleh tinggalkan tabiat buruk ini. Ada lagi dua kata-kata ulama yang ingin saya kongsi di sini, pertama - “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku merasakan semua orang lebih baik daripada diriku.” Kedua: “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku bergantung hanya pada Allah.” Bayangkan jika kita hanya bergantung pada Allah dan merasakan semua orang lebih baik daripada kita, kita sudah mencapai kesedaran ketuhanan yang sangat tinggi dan InsyaAllah mendapat syurga dunia dan syurga akhirat. Jadi ibu-ibu jangan marah anak-anak di rumah, mereka itu semuanya ahli syurga.
S: Saya dikejutkan dengan berita suami berkahwin lagi, mohon nasihat Prof.
J: Memanglah poligami ini ujian bagi semua wanita. Kita tidak boleh menolak kerana ini merupakan hukum Allah. Kita boleh bercakap, tetapi siapa yang belum terkena pasti tak tahu bagaimana rasanya. Oleh itu saya cadangkan pada Puan, niatkan diri menjadi ahli syurga dan penuhkan diri dengan kasih sayang rohani iaitu pergantungan penuh dengan Allah. Siapa yang banyak makanan rohaninya tak perlukan makanan emosi iaitu kasih-sayang manusia. Sebab itu orang yang kurang makanan rohani, dan emosi suka makan makanan fizikal yang banyak. Ada kisah seorang wanita usahawan yang sangat berjaya, tetapi setiap hari dia bangun solat tahajud dan menangis pada Tuhan. Dia menjaga keluarganya dengan baik dan masak di rumah setiap hari. Pada satu ketika dia merasakan begitu dekat dan bergantung sepenuhnya dengan Allah sehingga meminta suaminya berkahwin lagi satu. Tetapi suaminya yang menolak. Jadi, Puan fokus pada mendidik diri dan anak menjadi ahli syurga. Fokus untuk mencari Allah, kerana disitu Puan akan berjumpa ketenangan. Jangan benarkan kata-kata atau sikap orang luar mempengaruhi Puan.
S: Alhamdulillah setelah mendengar ceramah Prof, saya banyak berubah. Cuma sifat sabar ini yang sukar saya amalkan. Saya tidak sabar dalam menerima kerja orang lain yang tidak sempurna, namun saya sedar yang saya sendiri juga sukar memberikan kesempurnaan. Saya sukar nak marah orang tetapi saya pula yang tertekan.
J: Memang, sebagai manusia, kita tidak sempurna. Hanya Nabi SAW yang maksum. Orang yang suka risau sebenarnya adalah orang yang ego. Mereka tak percaya pada orang lain dan ini menyebabkan mereka banyak risau. Segal-galanya adalah dalam kawalan Allah sebenarnya. Apabila saya melakukan pembedahan, saya nyatakan pada pesakit yang saya hanyalah alat dan Allah yang mengawal segala-galanya. Oleh itu mari bersama-sama kita menyerahkan diri kepada Allah dan bergantung sepenuhnya kepadanya. Hanya dengan jalan itu kita akan tenang.
S: Suami tidak membenarkan saya pulang ke kampung ibu. Ibu telah tiada tetapi masih ada rumah di kampung. Perjalanan cuma 2 jam dan kami tiada masalah kewangan. Mohon nasihat Prof.
J: Mungkin dalam perhubungan suami dan anak-anak ini, suami Puan bagus, cuma dia tidak mahu balik kampung. Tetapi apabila Puan fokus pada satu perkara negatif ini, ianya akan menjadi semakin besar.
Sedikit ujikaji:
Prof Muhaya: Cuba Maz (juruhebah bertugas) kira ada berapa lampu bulat di atas siling dalam konti ini?
DJ Mazlina: Ada 1,2.. 11 (sambil melihat dan mengira).
Prof. Muhaya: Ok, sekarang pejam mata dan beritahu saya ada berapa keping siling tadi?
DJ Mazlina: Ermm...tak ingat.Begitulah, kita hanya akan nampak apa yang kita fokus. Walaupun Mazlina telah lihat keseluruhan siling tadi, sebab fokus pada lampu, tidak nampak berapa keping syiling yang ada. Begitulah dalam kehidupan kita – jika fokus pada negatif – suami tak mahu balik kampung, suami tak mahu dengar cakap saya, negatiflah yang dirasa. Sehinggakan tidak nampak kebaikan-kebaikan lain yang diberi suami. Sebagai wanita, kita perlu taat ada suami selepas Allah dan Rasul. Tambahan pula ibu Puan pun sudah meninggal. Jadi jika suami tidak setuju, ikutkah dahulu. Berlembutlah, jangan melawan dengan kekasaran. Jangan mengungkit-ungkit. Pujuk suami dengan baik dan berdoa. Jika suami masih tidak setuju, redha dan lapangkan dada.
S: Saya selalu menahan rasa marah bila berhadapan dengan karenah suami dan anak-anak. Saya beristighfar, dan kemudian rasa lebih tenang.
J: Betul, saya ingin tambah perkongsian dari Mufti Menk, kalau tak silap. Beliau mencadangkan jika kita rasa nak marah, minum dan kemam air. Kerana bila ada air dalam mulut, kita tak boleh keluarkan perkataan-perkataan kesat yang kita mungkin menyesal nanti. Perkataan ini, jika belum dikeluarkan hak kita, tetapi jika sudah dikeluatkan akan menjadi hak orang lain. Sebab itu saya sendiri takut sangat jika tersilap cakap di IKIM ini.
S: Suami menghadapi ujian dalam perniagaan sehingga lingkup. Dia cuba bekerja tetapi tidak bertahan lama. Saya bekerja dan tidak kisah hidup susah. Apa yang menyedihkan ialah suami tidak lagi solat sekarang. Mohon nasihat Prof.
J: Pertama: Sebagai langkah pencegahan – wanita sebelum nak berkahwin periksa dulu bakal suami solat atau tidak dan sama ada dia seorang perokok. Bagi Puan, sebagai isteri memang payah untuk menegur suami. Jadi cuba buka rancangan yang baik-baik di rumah seperti 'Tanyalah Ustaz' dan belikan buku-buku yang baik. Gunakan kelembutan dalam berkomunikasi. Komunikasi bukanlah apa yang kita cakap, tetapi apa tindak-balas orang terhadap apa yang kita katakan. Jadi, walaupun kita rasa kita sudah cakap bagus, tetapi jika orang tak dengar apa gunanya? Bercakap itu biar ada kesan pada orang. Sebelum bercakap, jangan ada rasa lebih baik daripada suami, ingat kata-kata orang alim tadi – wujudkan perasaan bahawa semua orang adalah lebih baik daripada kita. Tambahan pula suami tidak bekerja, harga dirinya akan semakin rendah. Jadi apabila isteri yang bekerja ingin menegur dengan menunjuk bagus, suami akan semakin susah untuk terima. Apa kata, pujuk suami dan ajak suami untuk jadi ahli syurga.

BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN BY PROF.MOHAYA

Ini khas peringatan untuk diri sendiri, suka dgar/tgk majlis prof.dr muhaya.. jadi bg yg nak tambah ilmu baca ni..baca,fhm,dapat ilmu then jom kita try praktikkan.. jgn dah tambah ilmu tp xnak praktikkan,bab kate pepatah moden yg baru d war warkan " pandai settle masalah org,masalah diri xpandai plak settle".. x pun ilmu ada tp xpraktikkan,amat rugilah org itu... so,meh kite sama2 amik ilmu ni n praktikkan..Allah akan mbantu org yg ingin kembali ke jalan yg benar..
Bahagia mbahagiakan..
Pangkat semua pinjaman, kita tak punya apa2 sebenarnya. Resepi awet muda - bukan cari makanan fizikal sahaja, tapi cari makanan rohani juga. Bila tengok cermin - kita yang dilihat atau kita yang melihat. Mana lebih kuat? Roh atau jasad? Bagaimana  untuk kuatkan roh, kuatkan rohani?
Demo - Seorang pelajar sukarela naik ke pentas. Dia diminta meluruskan tangan kanan dan jika ditolak oleh Prof. Muhaya, dia diminta melawan agar tangannya kekal lurus.Kemudian dia diminta menyebut namanya sendiri, dan bila tangannya ditolak, tangannya melawan dan kekal lurus.Kemudian dia diminta menyatakan yang namanya Prof. Muhaya, dan bila tangannya ditolak, tangannya tidak melawan dan jatuh ke sisinya. Mengapa berlaku sedemikian? Demo diulang beberapa tetapi keputusannya sama. Inilah kuasa minda bawah sedar - bila cakap benar kita jadi kuat, cakap tipu terus automatik jadi lemah. Perkara sama berlaku bila pelajar diuji dengan bayangan imej positif, negatif, imej muka orang jahat vs orang baik, imej benda pelajar suka vs benci. Bila imej negatif di minda, badan  terus lemah, bila gambarkan imej positif, badan automatik jadi kuat.
Jadi semak diri kita. Kita suka baca berita apa? Siapa kena tangkap, siapa rasuah, siapa cerai, siapajahat. Apa ertinya? Kenapa kita tertarik untuk mengetahui benda negatif? Orang negatif memang suka benda negatif. Kenapa kita selalu fokus pada benda negatif. Jika nak 'operation', kenapa tanya 'side effect' sebelum tanya 'good effect'?
Inilah kuasa minda. Tukar pula 'audience' cuba lihat pelajar di pentas dgn pandangan sayang dan benci. Perkara sama berlaku. Pandangan kasih sayang beri kekuatan, pandangan negatif melemahkannya. Itulah kesannya bila ibubapa lihat anak dengan pandangan sayang atau marah. Anak fitrahnya lahir dalam keadaan baik. Ibu bapa yang mencorakkan.  Jika anak perangai tak elok, semak dulu perangai ibubapa. Bila kata tak boleh, tak suka - badan automatik jadi lemah.
Kenapa jika berada di Mekah, semua kita kata jadi kenyataan, mengapa kita tak ada keyakinan begitu di Malaysia? Adakah doa dimakbulkan jika kita di Mekah sahaja?
Konsep: di mana minda kita? Minda bukan sekadar di kepala, tapi di seluruh tubuh, di setiap sel kita. Jadi untuk bahagia, kita perlu sentiasa ada imej positif. Minda ada 2 jenis - sedar dan bawah sedar. Cuba bayangkan pintu rumah dan pintu kaabah. Mana lagi cepat nampak? Sama je kan walaupun Kaabah jauh beribu batu daripada rumah kita. Itulah keupayaan minda bawah sedar. Sebab itu kita mudah ingat rupa orang daripada namanya.  Minda sedar berupaya memproses cuma 5bit/s.
Pelajar yang bijak banyak guna gambar - lihat kesan iklan - kalau sebut piza, ingat Pizza Hut. Sebab  itu kena jaga apa yang mata kita lihat. Berita apa yang kita fokus? Mengapa asyik salahkan anak muda? Ibubapa kenapa perasan bagus? Macam mana anak nak dengar cakap Ibubapa, bila ibubapa tak dengar cakap Allah? Imam Ghazali kata bila lihat anak muda, kita kena rasa rendah diri kerana mereka kurang dosa daripada kita.
Bila kita pergi ke rumah seseorang, selepas 20 minit kita dah boleh lihat masa depan ahli keluarga tersebut. Bagaimana untuk menilai masa depan seseorang?
Konsepnya - Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menghasilkan kehidupan.Fikiran positif hasilkan perkara positif dan sebaliknya. Jadi ,jika luar tak elok, sebenarnya yang perlu dibetulkan ialah dalaman kita. Jadi, pagi2 kita tengok Tanyalah Ustaz atau baca surat khabar? Bila baca surat khabar, kita tengok cerita orang, jadi, bila tengok orang, nampak tak kekurangan kita, nampak tak apa yang kita perlu betulkan pada diri? Bila kita sibuk tengok aib orang, apa orang lain akan buat pula? Cari aib kita. Jadi, bila kita mengumpat orang, orang lain akan umpat kita pula. Jadi lepas ini cuba tampar diri sendiri jika mulut tersasul mengumpat orang lain. Kita ni bila anak buat salah, cepat je kita tampar, tapi bila kita buat salah, kenapa tak tampar diri sendiri pula?
Jadi berbalik pada bagaimana menilai kehidupan orang pada masa akan datang. Jika pergi kerumahnya lihat adakah barangannya semua cantik2. Kecantikan fizikal untuk pandangan manusia, namun kebersihan hati yang menjadi pandangan Allah. Kemudian tengok pula bahan bacaannya, adakah suratkhabar dan majalah saja? Ada tak buku2 ilmu? Kemudian tengok peti ais pula? Adakah makanan sihat atau makanan menempah ICU 20 tahun akan datang? Jadi kena jaga pemakanan dari muda. Makan untuk sihat, bukan untuk sedap saja. Kemudian masa makan cakap apa? Mengumpat atau berbincang yang baik2? Apa yang kita cakap mengubah molekul makanan kita 'especially' air. Tubuh kita ada 70% air, jadi jika air yang diminum 'dikotori' umpatan, kejian tak elok, ianya akan memberi pengaruh tak elok juga pada tubuh kita. 
Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan kahwin dua. Orang Sudan sgt menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya. 
Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri. 
Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kena keji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita, kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.
Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat.  Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.
Jadi, betul tak cara pemikiran kita hari ini boleh menentukan masa depan kita? Jadi nak ubah cara fikir tak? Ya, kena ubah, cara fikir positif akan bawa kesan positif dalam hidup.
Bila bangun pagi, lepas solat, ada tak renung diri? Ada tak muhasabah diri? Di mana kedudukan kita hari ini adalah kesan perbuatan yang kita pilih 20 tahun dulu. Saya dulu orang yang sangat menghargai masa, buat kerja nak cepat, sanggup duduk dalam stor kasut untuk fokus baca buku sebab sangat minat belajar dan tak suka buang masa. Jadi pilihan kita menentukan di mana kita nanti - mati kita bagaimana, sakaratul maut bagaimana. Semuanya kita yang buat pilihan. Kita sibuk menunggu pilihanraya umum, tapi ada buat tak pilihanraya setiap hari? Pilihan raya setiap hari - iman/nafsu,  syurga/neraka, pahala/dosa, taat/murka, Allah redha/Allah murka. Setiap saat, setiap perkara yang kita buat, perlu lalui pilihanraya ini sebagai panduan. Contoh bila jumpa orang, fikir nak senyum tak senyum? Nak senyum tak senyum, akhirnya senyum sesaat je. Senyum tu di bibir saja, tidak datang dari hati. Jadi kita senyum biar ikhlas - senyum 7 saat sambil bagi salam.
Jadi anak kita sebenarnya ikut perangai ibubapa. Jadi bila anak bermasalah, nak cerita dengan orang tak? Masalah siapa sebenarnya? Ibu bapa perlu renung diri sendiri dulu.
Kita selalu komplen anak nakal, tak dengar kata. Selalu sebut benda ni depan anak - jadilah itulah imej/gambaran yang ada di minda anak. Bila kita kata jangan usik adik, usik adik itulah terlihat di fikirannya. Cuba uji diri sendiri. Katakan jangan fikir gajah biru, tapi gajah biru yang kita akan nampak. Inilah kuasa minda bawah sedar. Minda bawah sedar tentukan 95% kehidupan kita. Jadi bagaimana imej diri kita di dalam, itulah yang orang akan nampak di luar. Sekarang letak tangan kanan atas dada dan kata - dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Letak tangan atas kepala (energy point kita) dan kata "saya seorang yang beriman dan bertaqwa". Jadi untuk tengok kita elok atau tak, tengok sekeliling kita. Jika suami tak elok, salah siapa sebenarnya? Suami elok untuk isteri elok. Jadi nak cerita dengan orang ke keburukan suami kita? Sama juga, jika anak nakal salah siapa? Anak itu acuan kita. 
Lagi satu yang penting ialah imej diri. Siapa rasa dia lawa, pandai, tak pandai? Apa imej di dalam itulah yang akan dapat di luar. Dunia dalam menghasilkan dunia luar. Imej diri menentukan apa yang kita dapat dalam kehidupan. Manusia berkualiti mengamalkan 3 perkara:
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).
Jadi jika nak jadi manusia berkualiti - kita kena gambarkan bagaimana orang berkualiti. Sebelum tidur, bayangkan diri kita menjadi orang berkualiti - buat imaginasi nampak kita sebagai orang yang bertaqwa dengan Allah - solat tepat waktunya, kita jaga aurat dsb. Kedua bayangkan kita berakhlak dengan orang lain - bila bercakap lemah-lembut. Ketiga bayangkan kita itqaan - buat kerja dengan baik, jadi isteri yang baik, layan tetamu dengan baik dsb. Bayangkan semua ini sebelum tidur dan imej ini akan masuk dalam minda bawah sedar kita.
Minda bawah sedar datang bersama emosi - eg ucapkan sy syukur sy sihat, sy taat suami, sy sayang mak mertua. Saya nak ingatkan, wanita kena sayang ibu mertua. Pernah tak kita sebagai isteri ucap terima kasih kerana mak mertua melahirkan dan memelihara anaknya sehingga jadi suami kita. Wanita jangan nak kawal suami dan ketepikan ibu mertua. Wanita yang bijak kena bantu suami jadi anak soleh. Barulah suami boleh masuk syurga, itu baru cinta sebenar. Jika isteri tak baik dengan mak mertua, nanti bila suami nak buka cawangan lain, mak mertua sokong suami. Baru padan muka ;)
Lagi saya nak sebut bila bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah. Pasang niat untuk solat tepat pada waktu, kerja dengan itqaan dsb. Masa bekerja pastikan dapat gaji halal. Siapa layan facebook masa tengah kerja? Tanya diri halal ke gaji yang kita dapat tu? Jadi jika anak buat perangai cuba renung-renungkan. Gaji berkat akan mengalir pada anak. Gaji tak berkat pun sama. Sebab itu kadang2 gaji 3 ribu tapi rasa tak cukup, anak perangai ptak elok. Pelik tak bila gaji seorang pengawal keselamatan boleh bela anak hingga jadi doktor. Semua kerana niat ikhlas bekerja. Jadi pasang niat yang betul. Kerja dengan jujur dan ikhlas, biar kita buat lebih, dibayar kurang. Kita mohon semoga bayaran yang kurang Allah ganti dengan keberkatan pada kehidupan anak dan cucu. Jangan kerja kurang, ambil gaji lebih. Yang terlebih ambil itu pasti Allah ambil balik dalam bentuk2 lain spt anak degil, kereta selalu rosak dsb.
Kita kalau susah jangan mengharap pada manusia lain. Mengadu dan mengharap pada Allah semata. Jika niat baik, Allah akan buka jalan. Bila kerja kita fokus untuk cari kebaikan, semga Allah beri kebaikan pada anak. Masalah kita Allah yang beri jalan keluar, bukan manusia.
Orang ego suka melawan, suka nak menang, mudah marah, suka fikir apa orang fikir terhadapnya. Suka fikir yang apa yg dia dapat adalah hasil usaha kerasnya. Salah sebenarnya - tanpa izin Allah, kita takkan dapat apa2. Lawan ego adalah orang murah hati,terima org seadanya, rendah diri, suka buat baik dsb.
Saya tabik pada semua suri rumahtangga. Tugas mereka bukan mudah. Saya tak suka buat kerja rumah tapi kalau bedah mata orang saya suka. Jadi kita hidup kena buat apa yang kita suka, gunakan kekuatan dalam pekerjaan, bak pepatah - work yr strength, pay yr weakness. Jadi saya upah orang jadi maid untuk tampung kelemahan.
Jika kita difitnah, kita suka memfitnah orang sebenarnya. Jika diumpat, kita suka mengumpat. Saya banyak lihat benda ini semasa pembedahan - jika orang tu baik, mudah saja prosesnya. Jika orang tak baik, benda mudah pun boleh jadi susah. Saya pun banyak kekurangan, cuma pandai cakap sikit je. Sama-sama kita perbaiki diri.
Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat.
Formula bahagia:1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.3. Sentiasa lemah lembut.4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.
Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri.
Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan?
Seterusnya amalkan 3 prinsip untuk tak risau. 1. Masa terpenting ialah sekarang, jadi kenapa kenangkan apa yang berlaku semalam?2. Siapa paling penting - orang depan kita. 3. Apakah perkara paling penting - buat baik.Jadi jaga 3 perkara ini. Jika tiada orang depan kita, buat baik pada diri, jaga solat, jangan buat jahat. Bila buat baik, kita dekatkan diri dengan syurga.
Orang sebelah Kiri - xde ilmu, risau, banyak penyakit, miskin.Orang sebelah Kanan - ada ilmu, tenang, bahagia, sihat, kaya. Kaya bukan harta, tapi dalaman.
4 tahap bahagia: - x bahagia langsung- bahagia dgn dadah- bahagia jika anak2 dah kawin- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.Kita hidup biar ada ibadah pada Allah. Nak cari pencen kubur - anak soleh, amal jariah, ilmu bermanfaat.
Soalan & Jawapan:
S: Rakan ada masalah rumah tangga sehingga menjejaskan kerjaya. Sebagai rakan, bagaimana untuk membantunya?
J: Masa kahwin - lelaki & perempuan sama level. Andai berlaku perceraian- wanita jangan cepat melatah. Mungkin 'taraf' kita dah tak sama. Wanita jangan bergantung pada suami, tapi bergantunglah pada Allah. Mungkin ada hikmah perceraian itu. Wanita boleh masuk syurga tanpa suami. Untuk tolong rakan yang susah, beri ilmu. Pertama ajak jaga hubungan dengan Allah, betulkan dalaman, luaran akan jadi betul. Merayu, mengadu pada Allah, jangan pada manusia. Sebelum beri nasihat pada orang, beri kasih sayang dulu, then guna ayat AlQuran utk tegur dan ajak buat kebaikan.
S: Bagaimana meyakinkan ibubapa yang suka menyalahkan anak2? Bagaimana nak tegur ibubapa agar tak kecil hati.
J: nak tegur mak bapa susah, jadi tak payah tegur sebaliknya jadikan diri kita contoh. Secara tak langsung ibu bapa akan terperasan kesilapan mereka. Walaupun di salahkan ibu bapa, terus berusaha untuk ambil hati mereka. Petua utk ambil hati - puji, beri hadiah, penuhkan hatinya dengan kasih sayang.
Manusia ni ada 3 benda payah nak buat - mengaku buat silap, minta maaf, buat baik pada org yang buat jahat pada kita. 
S: Bagaimana nak memotivasi anak yang masih dalam pengajian?
J: beritahu anak yang kegagalan sebagai ujian bukan kegagalan semata. Cari kawan yang baik, isi kehidupan untuk mencari makna kehidupan. Ingatkan anak tujuan asal belajar - untuk dapat redha Allah bukan semata-mata keperluan duniawi. Kerja dengan makna bukan sekadar keperluan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails