Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

09 October 2013

Maaf-dari blog Wardina

Maaf
Siapa orang yang anda betul-betul benci? Kenapa? Bolehkah anda memaafkannya? Susah? Pastinya.

Sebelum itu, saya pohon kemafaan dari anda semua pembaca budiman. Pembaca yang saya sayangi dan kasihi. Saya ni, kadang kala banyak menulis, banyak bercakap..maka banyaklah juga melakukan salah dan silap. Maafkan saya. Saya ini manusia kurang sempurna. Kadang-kadang terkasar, ter’kerek’, teremosi, terlembut, terperli dan segala ter yang lain. Manusia biasa cuma. Kita semua serupa sebenarnya, pernah disakiti dan pernah menyakiti. Ya semua. Tidak ada seorang pun yang terkecuali. Saya dan anda. Tatkala ada orang menyakiti kita, ingatlah kita juga pernah menyakiti orang lain misalnya.

Tahukah anda bahawa ciri orang mu’min adalah mereka yang memberi maaf. Ya, maafkanlah mereka. Maafkan dalam hati. Bisik dan yakinkan hati kita boleh memaafkan mereka yang pernah menyakiti diri.

Antara ayat Quran yang menyentuh hati saya, kemudian saya bertekad untuk menghafalnya, dan kini dihafal pula anak-anak saya adalah dari surah Ali Imran, ayat 133-135

Allah SWT berfirman, yang bermaksud

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka; dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
Allah menyuruh kita cepat-cepat, segera, jangan lengah dalam mencari keampunan untuk mendapat syurga yang kekal tu, yang best tu, yang abadi, seluas langit dan bumi. Tapi syurga ni hanya disediakan untuk orang bertaqwa..Siapa tu?

1. Orang yang suka bersedeqah baik waktu lapang atau sempit.Ada duit pun dia sedeqah, tak de duit pun dia sedeqah.

2. Tu dia…nombor dua. Orang yang menahan marah. Selagi kita tak boleh belajar dan cuba menahan marah jangan haraplah kita ni layak masuk syurga.

3. Dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Aduh, Bagaimana ya nak masuk syurga kalau hati ni masih berdendam dan membenci? Kalau kita berkata pada diri “Aku selamanya tak akan maafkan dia sampai mati?”

4. Akhirnya mereka yang setelah menzalami diri sendiri dan melakukan perkara keji, (tak solat, menonton benda-benda yang tidak sepatutnya, menipu etc) mereka TERUS memohon ampun mereka beristighfar pada Allah dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Bayangkan wajah orang yang menyakiti anda. Sekarang untuk meyakinkan bahawa kita perlu memaafkan mereka baca hadith-hadith ini. Percayalah sekiranya anda memaafkan mereka seolah satu beban telah terangkat dari bahu anda dan hidup anda terasa bebas dan ringan. Maafkan. Maafkan. Maafkan mereka. Mereka mungkin tidak tahu, tidak sedar dan jahil. Mereka tidak tahu mereka telah menghiris hati ini sedalamnya. Tetapi tidak mengapa. Maafkan mereka dan si dia. Kerana kita mahukan redha Allah dan Jannah. Kita nak jadi orang yang bertaqwa. Itu beza antara kita dan dia. Jadilah orang yang pertama memohon dan memberi maaf. Maafkan si dia yang melukai anda. Saya yakin kita boleh melakukannya. Maafkan ibu bapa, keluarga, pasangan, kawan baik, saudara mara atau pun si dia di alam maya yang tidak pernah pun kita jumpa. Oh ya! Jangan lupa, maafkan saya juga ya?

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah ‘Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai.” (Hadis Riwayat Muslim)

Saya akhiri dengan kisah popular ini. Mesti pernah dengar bukan cerita ini? Kalau belum, bacalah. Semoga diberi ruang dalam hati untuk memaafkan si dia. Jika sudah, baca sekali lagi ,kerana kita ini sering lupa. Ya saya mengingatkan diri untuk memaafkan mereka di luar sana yang kadangkala tidak pun mengenali diri saya namun membenci dan berkata suka hati. Saya maafkan anda. Saya maafkan anda semua. Semua sahabat yang pernah terguris dengan saya pula, maafkan saya juga ya?

Suatu hari Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang melaluinya adalah sesorang badwi. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badwi itu lagi yang telah lalu. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat hairan apa amalan dari orang ahli syurga itu?

Lantas salah seorang dari sahabat mendatangi orang Badwi ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badwi tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badwi ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badwi tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”

Semoga Allah membuka hati kita untuk menjadi ahli syurga yang memaafkan!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails