Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

19 December 2012

Kenyataan Berani, Jujur dan Tegas daripada Saudara Afdlin Shauki - Duta Aqsa Syarif



Assalammualaikum,
kepada semua agency pengiklanan dan talent agency yang mengendalikan akaun produk-produk yang tertera dalam list boikot yang terbukti menyokong Israel di Malaysia ini, Mintak maaf walaupun anda hanya menjalankan tugas, saya nak mengumumkan yg sya tak boleh lagi mengarah, menjadi duta produk, mengendalikan acara, berlawak untuk apa-apa saja event yg pihak awak kendalikan, sehingga produk-produk awak berhenti menyokong Israel.

Penduduk di Gaza tidak ada pilihan. Mereka terpaksa membeli barangan-barangan Israel di bawah perjanjian Oslo jadi mereka tak ada pilihan, mereka tak boleh berurusan dgn mana-mana negara lain kecuali Israel. Tapi kita di Malaysia ada banyak pilihan! yang tempatan dan antarabangsa. Jadi mari kita buat pilihan yang bijak dan hentikan menyokong produk-produk yg menyokong Israel.

Saya tak peduli apa org nak cakap, tapi saya Afdlin Shauki memboikot produk-produk awak secara rasmi. rezeki saya datang daripada allah swt dan insyaa allah saya akan masih boleh menyara keluarga saya tanpa bersubahat dengan produk-produk yg membantu dalam pembunuhan rakyat Palestin. Saya ingin menyarankan kepada peminat-peminat saya untuk mengikuti langkah saya jika mereka mahu. Kalau tak mahu takpe, ini bukan paksaan tapi renungkanlah.
Allahhuakhbar!

Afdlin Shauki
Save Palestine. Power to the people.

12 December 2012

DOA HILANGKAN STRESS N TEKANAN


Renungan.....


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12

Dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang jika baik ia,maka baiklah keseluruhan jasad & rohani seseorang itu.

# Perasaan cepat marah,syak pada orang,buruk sangka,cemburu,degil,dengki & macam2 lagi sifat yang negatif itu bermula dari HATI kita. Jom check hati masing2...sama-sama perbaiki diri sendiri dahulu sebelum sibuk memperbaiki diri orang lain.Ingat,seorang muslim itu adalah "cermin" kepada saudaranya yang lain.


RENUNGAN BERSAMA



☑ Setiap ilmu ada amalannya..
• ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
• ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
• ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
• ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
• ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
• ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
• ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..
:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails