Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

19 December 2012

Kenyataan Berani, Jujur dan Tegas daripada Saudara Afdlin Shauki - Duta Aqsa Syarif



Assalammualaikum,
kepada semua agency pengiklanan dan talent agency yang mengendalikan akaun produk-produk yang tertera dalam list boikot yang terbukti menyokong Israel di Malaysia ini, Mintak maaf walaupun anda hanya menjalankan tugas, saya nak mengumumkan yg sya tak boleh lagi mengarah, menjadi duta produk, mengendalikan acara, berlawak untuk apa-apa saja event yg pihak awak kendalikan, sehingga produk-produk awak berhenti menyokong Israel.

Penduduk di Gaza tidak ada pilihan. Mereka terpaksa membeli barangan-barangan Israel di bawah perjanjian Oslo jadi mereka tak ada pilihan, mereka tak boleh berurusan dgn mana-mana negara lain kecuali Israel. Tapi kita di Malaysia ada banyak pilihan! yang tempatan dan antarabangsa. Jadi mari kita buat pilihan yang bijak dan hentikan menyokong produk-produk yg menyokong Israel.

Saya tak peduli apa org nak cakap, tapi saya Afdlin Shauki memboikot produk-produk awak secara rasmi. rezeki saya datang daripada allah swt dan insyaa allah saya akan masih boleh menyara keluarga saya tanpa bersubahat dengan produk-produk yg membantu dalam pembunuhan rakyat Palestin. Saya ingin menyarankan kepada peminat-peminat saya untuk mengikuti langkah saya jika mereka mahu. Kalau tak mahu takpe, ini bukan paksaan tapi renungkanlah.
Allahhuakhbar!

Afdlin Shauki
Save Palestine. Power to the people.

12 December 2012

DOA HILANGKAN STRESS N TEKANAN


Renungan.....


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12

Dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang jika baik ia,maka baiklah keseluruhan jasad & rohani seseorang itu.

# Perasaan cepat marah,syak pada orang,buruk sangka,cemburu,degil,dengki & macam2 lagi sifat yang negatif itu bermula dari HATI kita. Jom check hati masing2...sama-sama perbaiki diri sendiri dahulu sebelum sibuk memperbaiki diri orang lain.Ingat,seorang muslim itu adalah "cermin" kepada saudaranya yang lain.


RENUNGAN BERSAMA



☑ Setiap ilmu ada amalannya..
• ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
• ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
• ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
• ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
• ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
• ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
• ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..
:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::

26 July 2012

SALING MLENGKAPI

Ini Cerita kisah lengkap melengkapii dalam sesebuah perhubungan kasih sayang. Sedarkah kita dalam perhubungan kita selalu impikan yang terbaik dari pasangan untuk mencapai kepuasan dan kebahagiaan sendiri. Kadang kala kita lupa adakah kita telah memberi yang terbaik untuk pasangan? Kita lupa juga bahawa kita perlu menerima kekurangan pasangan kita agar perhubungan menjadi indah dan bahagia.Menerima kekurangan dan saling melengkapi kekurangan itu adalah sesuatu yang sangat indah dalam perhubungan dua hati. Andai kita hanya menerima kelebihan dia tanpa menerima kekurangan maka pincanglah perhubungan itu. Saling melengkapi dan bertolak ansur akan mengajar kita erti memberi dan menerima. Andai mahukan sesuatu yang bagus dan baik berilah sesuatu yang bagus dan baik kelak kita akan dapat pulangannya walau cepat ataupun lambat.Moga kita dan pasangan saling lengkap melengkapi untuk mencapai kebahagiaan yang abadi, insya Allah.

Note:sumber dr blog ammar


13 July 2012

Missing u...

Td baru je mr.sweetheart col..hnye sebab nk bgtau ade kat dataran pahlawan.. Imbas balik 1st honeymoon..smggu lps kawen trus ke melaka family day + honeymoon skali.. Kngn manis kami yg ke2 lps kawen.. Alahai rindu plak kat dia n melaka..huhu.. Take care mr.sweetheart n gudluck tuk esok yep..mmmuah!

Note:  sdikit kngn 1st honeymoon.. :-)






10 July 2012

Akhtar Iman & Ayman Muslim

Sejak ayman muslim dh besar ni dah pandai jeles2 ngan abangnye..ibu xleh lbh skit ngan abg,mulalah wat prangai..dlu si akhtar iman jeles2 sbb maybe dia rs ibu byk mlebihkan adik kot.. Tp ibu dh rs tenang skit coz dua2 dh pandai main sama2..ade je adik nk bgurau ngan abgnye...
Note: walopun ibu garang,ibu tetap sygkn korg bdua..hihi


18 June 2012

14 June 2012

Last skul holiday!!!

Mggu ni x blik..mr.sweetheart koje..tp ptg blik awal..lps asar 2ari bturut2 p pantai teluk kalong..jumaat mmg plan nk p,sabtu ingt nk g kat lain tp bcoz of jln jemmm,maklumlah aritu last cuti skola, ramai dh bpusu2 blik ke kl,..jd xnak mnyibukkan diri tlibat dlm kesesakan plak..nak xnak p je la rehat2 kat pantai teluk kalong skali lg ari sabtu tu...lgpun akhtar iman nk main buai sgt..







School holiday ii..

1hb,2hb jun majlis kawen sanak saudara..mggu ni mggu mkn ns myk! 1hb ank spupu sblh mr.sweetheart kawen,2hb my aunty a.k.a abah's c'sin(wlupun muda dari sy,sy ttp pggil aunty..jgn mare aunty ja yep) n my csin wedding..huhu..xsempat amik gmbo byk2..layan baby je..tu pun dpt amik 1kping 2 dlm 2mjlis je... 1hb lps asar p jln2 kat pantai teluk ketapang.yg pnting dpt mkn sotong celup tepung,akhtar iman dpt main wau..kul 7pm bru btolak blik..







School holiday!! Our Hepi 5th anniversary!!

Start 25hb mei dh ramai blik kg,almaklumla cuti skolah n musim kawen..tmasukla kami sfamily..wlupun ank2 xskolah ag dh mjadi kbiasaan mula start cuti,time cuti skolahla bleh jumpe ank2 sdare n family bkumpul..time ni jgkla musim org kawen..hihi (kami pun kawen time cuti skolah jgk..hihi)..
25hb bru ni my adik si eno kawen..24hb dah gerak ke kl..25hb mjadi memori indah bg dia,dah jd bini org dah..ptg kami tpaksa gerak blik coz spupu plak nikah 26hb..so xsempat tgk majlis kawen eno 26hb,jadual majlis dia dr pg sampai mlm,x sempat lor..tp pe2pun yg penting majlis nikah d utamakan..
Sampai kmmn kul 12am,yg lain trus blik k.trg,mr.sweetheart dh kletihan,jd majlis nikah sepupu xdpt p n esoknye mr.sweetheart dh keje..jd 26hb tu time rehat kami sfamily..
26hb tu jgk ari annvsary kami yg ke5..pg2 lg mr. sweetheart dah wish annvsry..senyum memanjang je... Dlm kul 10am mr.sweetheart ajak g shopping. I pe lagi bsiap2 lor..dlm kete dia, tnye psl hp sgsii..dlm hati "pehal plak asyik tnye soklan tu je" mmg nak pun,nape abg nk beli ke?,dia tnye ag "nak sii jgk?xnk yg lain?" i.."nak tgk je dlu..bkenan yg note ngan sii je" dia tnye lagi "dh mmg xnk yg lain?" i jwb nada bgurau "kalo ade s4 nk s4,S5 pun ok jgk tp xtau taun bila akn kuar..hehehe"..dia cuma wat muka dek je...lps shopping,dia ajak g survey hp..pegi je la,ingt nk survey je,..then tetiba je mlekat kt booth samsung,bcoz of tlalu excited maka mr.sweetheart pun kata dia nk,lps borak2 maka tjdla pbelian scr sah ant mr.sweetheart dgn pniaga itu..me?tsenyum mmanjang..kate sweetheart "xde lgu patah ati lg,senyum sampai tlinga ye yang" i...kikikiki dh tlebih dr tlinga dh..tu la mr.sweetheart,aro n zuki nyanyi lgu tu,sbb...rahsia..hihihi.. Cont...bila dh sah pbelian scr hormatnye mr.sweetheart say sbg adiah tuk ku..sukeeeeeenye sampai dh ilang slera mkn skejap..kikiki.." time kasih bang,syg abg!" ni adiah hp yg ke2 dr dia..1st dlu ms taun ptama pkahwinan,tp dia bg time besday dia..ni kira hp yg ke 2 sempena annversary..tp sblm ni dia ade beli jgk hp tp time tu bukan sambut pe2 pun.. Maknanya dh 4 dia penah bg hp.2msih lg guna,1 bg adik ipar guna dlu,1 ag dh rosak,syg nk jual n xkan jual kot.. adiah dia plak x bg pe2pun taun ni..huhu..xtau nk bg pe,sume dia dh de..
Tp taun2 lps mmg x lupa..insyaallah hrp2 my besday nnt turn i plak adiahkn something tuk mr.sweetheart..hihihi..terme kasih mr.sweetsweetsweetHeart!!!!.
LPas dpt adiah tu,kami trus balik brehat kat umah...
P/s:Ya Allah,Kau kekalkanlah jodoh kami hingga ke akhir hayat kami n sehingga btemu lg d syurgaMu...Kau jdkanlah kami antara hamba2Mu yg soleh..
Makbulkanlah doa hambaMu ini..amin,...



11 June 2012

I'm back!!!!

Rs mcm dh lama x tulis blog..rindu plak..since dh branak 2 ni dr ini trase bz beno..huhu.. Oh no,tlalu rindu pdmu my blog!! Ok2 insyaallah,smoga Allah mmanjangkan umurku utk trus bblogging n mcari ilmu sbaiknyer..amin...


28 February 2012

INJIL ramal KehadiRan RASULULLAH Dtemui...



Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

References:
Laman KL Today

16 February 2012

Ampunilah hambaMu ini...



Paling yang aku takuti bukanlah DOSA yang mengalir kerana sesungguhnya aku masih diberi PELUANG untuk BERUBAH dan BERTAUBAT kepadaNya..dan KESEMPATAN itu tidak akan aku LEPASKAN..

TETAPI..yang paling aku TAKUTI adalah apabila aku berdiri di hadapan Allah tetapi AMALANKU kosong seperti DEBU BERTERBANGAN..tiada apa yang boleh MEMBANTUKU ketika itu dan aku berseorangan menunggu masa untuk DICAMPAKKAN ke dalam NERAKANYA..Allah..

Wahai sahabat kesayanganku sekalian..elakkan RIAK dalam dirimu, biar orang tak tahu amalan baik apa kita buat..jangan buat banyak amalan baik, tapi untuk MENUNJUK-NUNJUK..jika riak dan menunjuk-nunjuk atau nak BERBANGGA dan minta DIPUJI, maka jadilah amalan itu seperti DEBU BERTERBANGAN (Rujuk Surah al-Furqan : 23 )

sumber: fb LSIWS

11 February 2012

Renungan n PeringAtaN


“Jika kamu ingin MENGALAHKAN UMAT ISLAM, jangan memerangi mereka hanya dengan SENJATA saja, kerana kamu telah kalah di hadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata..namun PERANGILAH “AKIDAH” mereka, HANCURKAN pemikiran-pemikiran mereka, keluarkan dari dada-dada mereka SEMANGAT Islam, jadikan mereka BODOH terhadap akidah Islam kerana dalam akidahlah terletak KEKUATAN ISLAM..apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka, dengan senjata akan banyak MERUGIKAN kita namun dengan menyerang PEMIKIRAN mereka kita tidak akan rugi bahkan KAUM MUSLIMIN AKAN RUGI..” 
Raja Perancis Louis IX, (Zaman Perang Salib)

>>> Teringat kata-kata penceramah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam):
"Di luar sana ramai sangat MANUSIA yang SAKIT, mereka perlukan DOKTOR untuk merawat HATI-HATI mereka, jadi kamu perlu BERSEDIA dan menempuh cabaran ini dari AMANAH Allah yang ada sejak zaman para nabi lagi.."

p/s : Kata-kata itu pun buat airmata saya MENGALIR, terdetik dalam hati MAMPUKAH saya untuk BERJIHAD di jalan Allah ini...dan kalian juga perlu BERGERAK untuk memperbetulkan dan MEMPERBAIKI akidah mereka di luar sana..bantu membantu pasti BERJAYA..Amin Ya Rob..

note: dr sumber yg dpcayai

10 February 2012

Sayangi ibu dan bapa..

RUMAH ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...
Kalau datang melawat ibu bapa skali skala janganlah sekadar singgah sahaja,lebih2 lagi jikalau ibu atau bapa kita tinggal sorang2. Sekali sekala tu bermalam la sehari dua. Jangan bagi alasan sebab tak selesa dengan ipar duai sbb kena jaga aurat. Orang lain boleh je buat,takkan kita tak boleh kan? Asyik kita je pandai nak bermalam di rumah mak ayah kita, umah mak ayah mertua kita x nak pulak,bagi 1001 alasan. Sebab itu kadang2 kita tengok balik ke belakang mengapa Allah tak makbulkan lagi impian kita, apa layanan kita pada ibu bapa dan mertua. Dorang memang tak kata apa2, dalam hati dorang? Lebih2 lagi yang kesunyian,bila suami or isterinya dah tiada..mengharapkan kasih sayang anak2..

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti...

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita  buat x nampak...
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Tuhan jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti..

Copypaste

03 February 2012

Peringatan : DAJAL


Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.

Masalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.

10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."



Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."

Dari Sumber Rujukan... 

30 January 2012

Doa dan HaRaPAN.....


“Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

29 January 2012

EXPRESSION of FeeLingS : Belajar Untuk Berubah_ii


Ya…. Aku bukannya perfect,sememang n semestinya aku x perfect!!! Tapi aku cuba mahu jadi yang tbaik demi mencari keredhaan Allah.. salah ke aku cuba utk brubah?ye,..xsalah,siapa cakap salah?hanya org yg pandang negative je fikir itu salah..xpelah,nak buat perkara baik ni biasanya selalu d pandang negative..sbb… tu la cara nak uji tahap keimanan seseorg.. YA, aku skrg masih mencuba n brusaha berhijrah utk jadi lebih baik.. nape?dlu x baik ke? Ye…memang x baiklah dah sedar diri ni nak brubah,x kesahla apa org kata,apa pandangan org..yang penting aku mahu berubah kearah cara hidup islam yg sebenar,walaupun x sempurna mana skrg ni,at least ada usaha aku utk brubah..aku xnak masuk neraka,aku nak masuk syurga..jadi kputusannya aku mesti ikut perintahNya…
Bukan senang untuk brubah..Banyak halangan dan rintangan lebih2 lagi dalam diri kita sendiri..Bersyukurlah apabila kita dberi peluang untuk berubah,diberi petunjuk dariNya untuk kita kembali pada perintahNya..Dan bersyukurlah pada perubahan kita tu…
Kali ni aku nak story pasal prubahan hidup aku.. aku start brubah betul2 ptengahan tahun 2010,Banyak brubah dari segi penampilan diri…
Dlu d awal pkahwinan aku, pernahla jgk slalu merajuk n gaduh ngan mr.sweetheart hanya kerana cara pemakaianku..slalu btelingkah pasal pakaian. Pakaian!pakaian! n PAKAIAN!! Memang Dari zmn anak dara lagi cara pakaian aku kemeja lgn panjang or T-shirt lengan pjang,jeans or skirt labuh kalo nak outing.. kalo time keje ade waktunya baju kurung tp biasanya kemeja pjg n ‘slack’.. Sehinggalah aku kawin masih lagi dengan cara pmakaian sperti itu.. Dia sbnrnya xkesah sangat cara pemakaian aku tp x kena pada batasnya..kbanyakan kemeja n t-shirt aku atas pada punggung katanya..Itu yang dia x berkenan..
Penah satu ketika aku bgaduh ngan dia.. time tu di awal pkahwinan kami d bln Ramadhan,(time tu jgk aku baru lps alahan)kami nak kuar bbuka puase..aku s usual bsiap pakai baju, tetiba dia tegur,suh aku tukarkan baju lain..aku tanye “nape plak kena tukar” Dia kate “baju tu xlps punggungla yang,pakaila yg lps dr paras punggung”.. aku balas “ala,xde apela bang,ok la ni..nak mcmana lg,bknnya nampak pun,sy dh biasa macam ni kan….” Dia jwb “abg x suke la yang,tolongla tukar baju”..aku balas” xnaklah,dah xde baju la bang,sume baju sy kan sama je saiz, kalo pakai baju lain pun sama gak”.. dia pun jawab ngan nada keras “kalo xde bju lain pakai baju kurung senang”.. hati aku dh mula panas waktu tu n trus je cakap “hmm..senang2 abg pegila sorang,sy mls nak pegi,xde baju! Itu xbleh,ini x bleh..sume xbleh,tensionnyeeerrr”  dia balas “ kan azyu dh jd bini abg,kenalah brubah,lainlah kalo azyu bukan bini abg, ikut azyula nak pakai ape2pun..skrg dh jadi bini abg kena dgrla cakap abg”.. aku jawab “ nape b4 kawin x bgtau awal2 nk suh azyu slow2 ubah care pakai? Lagipun ni ok pe,lengan pjg bkn lengan pendek pun.. abg ni sume nak kena ikut cara abg,balik umah ‘cik’ nak kena ikut pakai itu pakai ini,azyu xblehla nak idup hipokrit mcm ni! Dia jawab “sbb tu abg nak azyu ubah cara pakai,abg suka azyu pakai kemeja pjg tp biar bwh pd punggung” Dalam keadaan marah n x puas ati aku jawab “ hmm..Nak suh azyu brubah,macamla abg ni baik sgt punnn…” Dia diam skejap..aku tgk dia,time tu muka dia mcm betul2 kecewa dengan kata2ku..tiba2 aku tgk dia menitiskan air mata.. Aku,tdiam seketika (dalam hati dengan perasaan bsalah, “Ya Allah,apa aku buat ni,isshkk xde insurans betul la mulutku nih!”) Tiba2 dia bsuara dgn nada sebak “abg tau abg bukannya baik sgt sblm ni,sbb tu abg nak brubah jd baik n abg nak kita sama2 brubah..lps kawin cara hidup berbeza dgn sblm kawin,xkan kita xnak brubah sampai bila2.. abg minta maaf kalo buat azyu marah” (dat time aku rase mcm sedih la plak,wat trase hatikn anak org) .. aku pun bsuara “ bang,sori bang..bukan azyu xnak dgr ckp abg,tp azyu xleh nk ubah cara drastik mcm ni,dlu (ms awal2 kawin) azyu penah kata kat abg yang azyu akn cuba ubah slow2 cara pakai azyu,abg bg azyu masa skit ye..bang, azyu minta maaf ek..(smbil kesat airmata dia)”.. dia jawab “abg mintak maaf kalo wat azyu rs tertekan” aku senyum (tahan sebak time tu).. “ jap bang,nak kena iron baju kurung jap”..dia senyum.. Time tu baru aku sedar, mmg betul pun ape dia kate..tapi biasalah hati masih keras lg nak trima n stiap kali nak pakai jiwa slalu mberontak tp tpakse ikut kate dia…
Tibalah satu ms tu,if I’m not mistakenla…pertengahan tahun 2010 bmulanya titik2 perubahan dalam hidupku.. suatu mlm,time tu lbh kurang dlm pukul 12tghmlm ke atas, dia n baby (pggilan akhtar iman time tu)dh tido..mata aku masih blum mngantuk, aku tgk channel history kisah world war 2 sambil baca paper.. dh la kisah world war tu banyk tunjuk tragedi2 bdarah,dlm paper plak byk berita org mati bunuh,eksiden n macam2 yang mnyeramkan… Dalam keadaan yang sunyi sepi tu teTiba2 mari satu perasaan takut yang teramat dalam diri.. mari seram sejuk,bulu roma tetiba menegak..Hanya ingat keadaan waktu mati je..time tu dalam fikiran mari macam2 perkara yang bukan2 blaku,..Tak pandai nak bgtau kat cni macamane perasaan tu,Hanya Allah Yang Maha Mngetahui… dlm keadaan takut yang teramat aku nangis sorang2, terasa terlalu byk dosa2ku padaNYa, terasa bekalan aku ke sana blum cukup lg, amal ibadat ku yang xsempurna n macam2 ada dlm kepala nih…. Aku tutup tv,simpan paper..masuk bilik trus peluk kuat2 dia dlm keadaan takut..aku cuba utk tido tp xbleh,perasaan takut n byangan2 tu masih blegar2 d kepala! Aku bangun amik air sembahyang n solat sunat taubat.. time tu aku mnangis mngenangkan mcm perkara…. Lps tenang skit,aku masuk bilik n baring,cuba pejamkan mata tp x bleh..sambil mnangis aku kejutkan mr.sweetheart.. dia Tanya knape? Aku bgtau aku takut,aku citelah ape yang blaku tadi.. dia tenangkan aku sampai dia ttido,aku masih xbleh lelapkan mata..Esok pagi dia tanye dh ok?aku ckp x… Lps dia pegi keje,xlama slps tu barulah aku bleh tido..bgun je tringat balik apa yg aku alami mlm tu..bila tiba waktu malam aku jadi takut nak tido,takut duk sorang2.. cuba crite kat dia.. dia jawab “mungkin sbb azyu asyik bkurung dlm umah xnak kuar,sbb tu la jd camni.. cuba azyu kuar ptg2 amik angin kat luar,x rs sgt perasaan tu”..aku jawab “tak,bukan sbb tu…( aku tau la coz aku mmg dh biasa mcm ni,sejak zmn anak dara lg aku mmg suka bkurung dlm bilik (hometype)..kalo xde plan kuar ngan kwn,aku xkan kuar,melainkan kalo rs bosan sgt2 n rase nk kuar baru aku kluar, ms bcinta pun camtu jgk..) Bila dh 3 ari camtu aku pegi klinik jumpa doctor.. doctor kate aku tlalu stress.. dia bg aku ubat tido 2 biji je hanya mkn jika perlu sgt2 n anti stress..byklah nasihat yg aku dpt.. Last dia ingatkan aku macamanapun kalo bleh jgn bgantung sgt pd ubat tido,hanya kalo btul2 perlu saje..(Alhamdulillah aku x sentuh pun ubat tido tu)..
Balik umah aku pbykkan zikir utk tenangkan diri,spt biasa mngaji lps mghrib.. slps peristiwa tu aku mpbnykkan mperbaiki diri,baca balik buku2 motivasi yg aku beli dlu,buku2 agama n surf internet cari bhgian2 agama,pengalaman org2 yg kena mcm aku n perubahan diri..start pada kejadian tu aku byk brubah…sume baju2 yang aku rase dah xbleh pakai n yang mr.sweetheart x suke aku simpan n bg kat lisa.stiap kali nak beli pakaian pasti dia ada coz dia bleh mnilai yg mana elok or xelok utk aku.. Balik kg aku cite kat mak sambil ngis n sebak,mak kate dia pun penah alami perasaan mcmtu dlu n dia bgla nsihat2 skit..waktu tu aku rs ringan n tenang skit coz pengalaman aku ni ade jgk org lain rs,jd kurangla skit bebanan perasaan ketakutan aku tu..balik umah cik (pnggilan ibu mertuaku),cik n kakyah (kakak ipar) mgkin tgk aku blainan dr biasa kot,tanye.nmpk lain je aku skrg.. aku nk x nak cite kat cik n kakyah ape yg aku alami..sambil2 cite sambil2 aku sebak... hmm..betul kate cik,mungkin ni hidayah Allah pd aku.. bila cik kate mcm tu aku lagila mnangis, coz waktu tu prasaan takut tu masih lg ade.. sejak pd tu aku byk brubah..prubahan yg paling ketara aku btudung kalo kuar umah,balik umah cik n mak brtudung dpn abg2 ipar n adik2 ipar aku,pakai pakaian labuh dr punggung (walaupun aku tau ade byk lagi ktidaklengkapan aku bab2 pakaian  wat ms ini samada di rumah or di luar rumah) n aku akan brusaha n berusaha n berusaha untuk menjadi muslimah sejati..
Aku mohon pada Allah smoga dpnjangkan usiaku agar aku dpt mperbaiki segalanya dlm mdalami erti islam sebenar, agar aku dapat mnyempurnakn segala amal ibadatku n agar aku dpt mnunaikan segala impianku…. Aku mohon pdNya.. Smoga doa2ku dperkenankn Allah…amin….
  

27 January 2012

u RECEIVED EVerYtHiNG u NEeDed...




You Ask.. اَللّه Gives..
You Sin.. اَللّه Forgives..
You Repent.. اَللّه Forgets..
You Request.. اَللّه Accepts..
You Cry.. اَللّه Listens..
You Call.. اَللّه Runs..
You Knock.. اَللّه Opens..
You Attend.. اَللّه Welcomes..
You Nag.. اَللّه Hears..
You Question.. اَللّه Solves..
You Plea.. اَللّه Resolves..
You Take.. اَللّه Provides..
You Insist.. اَللّه Grants..
Everything you do is about you! and Everything اَللّه does is about you!



22 January 2012

Erti d sebalik bacaan doa Qunut....


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

18 January 2012

SuDOkU GaMEs

SudOkU... 1 of my FaV. games!..hehe... n now dh bjangkit kat mr.sweetheart plak! dia pun naik ketagih nk main,slalu nk brebut buku ngan dia n slalu je nk cabar kite.,nyesal plak ajar dia main..hihi.. Awal2 kawen dlu,i siap beli buku tuk dia 1 n utk i satu,ajar dr pertama (easy punyer) sampaila yg ke 3(killer punyer).. pic kat bwh ni buku last kitorang main stelah mhabiskn 4,5 buah buku2 sudoku yg lain.. GiLer keTagih!!!! dsbbkan i org yg byk ms tluang,jd i lah yg byk main n mcompletekn stiap cabrn sudoku ni..hihii ..
aCtually start giler main sudoku ni thun 2004,time tu keje kat JB (JDamai)..slalu beli paper The SUN.. dlm paper tu ade je peraduan teka silangkata n sudoku games..start pd tu la minat main sudoku,blajar dr paper tu je.. stiap kali kalo x leh nk completekn,simpan dlu..sampaila btimbun2 susunan sudoku,ade waktu tluang je,weekend kalo x kuar ke mane2 time tu la duk bilik main sudoku.. xpun,kalo xde keje kat ofis..hihi..  pastu beli buku sudoku games sampaila melarat until now.. ade sorang lg dh pandai main sudoku, lisa hasil dr didikn i..hihi..skrg x taula dia dh lupa ke x lagi dh..;) .. pcayalah,kalo sape2 yg minat main sudoku ni cfirm jd ketagih punyer!!


ni buku last yg i dah completekan mggu lps..Tggu ms nk g kedai buku cr SudOkU books..
p/s: kalo tension2 best main sudoku tau tak..;)

16 January 2012

Ahmad Ayman Muslim 2

Ahmad Ayman muslim dari lahir hingga 3bulan...






 BEBERAPA JAM DLAHIRKAN

HARI KE-2

HARI KE-5
 
HARI KE-6

 HARI KE-14

1BLN 2HARI

1BULAN 3HARI


1BLN 4HARI

1BLN 15HARI

1BLN 17HARI

 1BLN 27HARI

1BLN 29HARI

2 BULAN

2BLN 20HARI

 2BLN 22HARI

 2BLN 23HARI
 
2BLN 26HARI

3BULAN...Botakkkkk!!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails