Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

02 February 2010

sebuah catatan.....





Sebuah kehidupan..kehidupan seorang hamba Allah.. Entah mengapa,kadang-kadang terasa seakan-akan perasaan itu telah jauh…Kadang2 takut untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan itu..
Hati seakan- akan tercalar dek kerana suatu perkara yang menyentuh perasaan..
Hanya Tuhan Maha Mengetahui.. Tidak tahu salah siapa tapi sesungguhnya hati ini terasa teramat sungguh…
Tidak tahu untuk meluahkan kepada sesiapa..
Tuhanku,..adakah aku terlalu mengikut perasaan?..
Telah kucuba sedayanya untuk memahami,
Telah kucuba sedayanya untuk terus menyayangi,
Telah ku cuba sedayanya untuk terlalu menyintai,
Tapi kadang- kadang seakan-akan tidak bermakna untuk diriku..
Aku tidak tahu sampai bila aku harus begini.. Aku tidak minta untuk melaluinya,
Hanya kutahu sekarang aku perlu meneruskan perjalanan ini
Perjalanan yang tak pasti akan membahagiakan aku atau tidak,
Bukan kupinta untuk memikirkannya,tapi perasaan seolah-olah membuatkan aku jadi keliru,
Aku tahu,ini ujian dariMu Ya Tuhanku..
Bila aku ingat kembali perjalanan yang aku tinggalkan dulu,aku rase sungguh terkilan,
Kerana aku tidak berfikir sebaik-baiknya..aku masih meneruskan perjalanan itu sedangkan dihatiku berbelah bagi,
Bila aku mahu meneruskan perjalanan yang sedia ada ini mengingatkan aku apa yang telah berlaku pada kehidupanku dipertengahan perjalanan ini…
Andainya aku tahu dari awal hingga akhir kehidupannya sebelum aku meneruskan perjalanan itu,tentu aku berhentikan perjalanan itu dari terus sampai ke perjalanan sekarang..
Tapi permasalahan yang aku hadapi pabila aku sedang meneruskan perjalanan di pertengahan, barulah aku sedar…
Aku pasrah segalanya..Tapi aku cuba meneruskan perjalanan itu,cuba untuk menerima seadanya…
Tapi kadang2 sepanjang aku untuk menerima seadanya aku seakan-akan tertewas,..Tertewas dengan perasaanku ini..
Oh Tuhan,aku tidak tahu apa yang perlu ku lakukan untuk aku terus cekal meneruskan perjalanan ini..
Kadang- kadang terasa teramat menyayanginye sepenuh hati,menyintainye sepenuh hati
Tapi bila aku berpaling pada perjalanan dulu aku merasakan seolah-olah aku telah tersalah pilih perjalanan itu..
Aku tidak dapat meluahkan segala perasaan ku di ketika ini…
Tuhanku,andainya ini yang telah ditakdirkan untukku,Ku pohon padaMu Ya Tuhan,Kau hindarilah aku dari perasaan membenci dirinya,
Dari perasaan menyesal menerimanya..Ku pohon PadaMu Ya Allah,Kau berikanlah aku kekuatan ,Kau berikanlah perasaan sayang dan percayakan dirinya,
Kau kuatkanlah jiwaku ini dalam terus menerimanya dan meneruskan perjalanan ini..
Sebenarnya aku tidak mahu memusnahkan segala yang telah sedia ada,
Tapi kadang-kadang ia mencabar aku untuk melakukannya..
Tuhanku,Kau lindungilah aku dari terus dihantui perasaan itu..
Kau lindungilah aku sepanjang perjalananku ini..
Aku mohon padaMu Ya Allah..
Amin………………..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails