Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

22 January 2010

Kecewakah kita?

Kecewa selalunya dikaitkan dgn situasi dimana seseorang itu tidak mendapat apa yg dihajati baik dr segi kebendaan, situasi atau pun kejadian. Tidak berjaya mendapat hasil dr usaha yg di lakukan, tidak berjaya memiliki cinta dan sebagainya. Boleh dikatakan semua kekecewaan adalah kerana kita mengharapkan orang lain memberikan apa yg kita ingini, inilah kesilapan besar manusia sebenarnya kerana harapan sepatutnya hanyalah kepada Allah sahaja sebenarnya

Kita samada lupa atau pun tidak faham apa yg dibaca ketika solat, "Iya kanak budu wa iya kanas ta'in", "kepadaMu lah kami sembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan". Jika ini sentiasa diingatan, pasti manusia tidak akan kenal apa itu kekecewaan.


Dalam kebanyakan kes, kecewa selalunya boleh dikaitkan dgn perasaan takut, contohnya takut tidak berjumpa kekasih lain secantik/sehebat walaupun dikecewakan. Takut tidak akan perolehi peluang lain dalam apa jua situasi.


Manusia seolah2 mempunyai pemikiran yang Allah sudah berhenti mencipta dan hanya memerhatikan perlakuan kita dan mengarahkan malaikat2 mencatit tidak tanduk kita, ini sebenarnya adalah pemikiran kuno.


Jika kecewa tidak dapat bersatu dengan kekasih yg dicintai, bersangka baiklah pada Allah kerana Allah sebenarnya mahu memberi kita pasangan yg lebih baik, tetapi disebab kan kita bersikap negatif dan kecewa, kita sebenarnya secara tidak sengaja menjadi hamba yg tidak bersyukur, bila "dominon thought" penuh dgn kekecewaan dan negativiti, lebih byk lagi benda2 dan perkara negatif akan datang kepada diri kita.


Tetapi jika kita redha, terima sebaik2nya dan makin kuat berdoa dan mempunyai "dominon thought" yg kuat dan sentiasa berharap "Allah sebenarnya mahu memberikan aku seseorang yg lebih baik dan hebat lagi", kita tidak akan kecewa, malah lebih gembira dan ternanti2 siapa agaknya insan yg lebih hebat ini.


Konsep ini bukan hanya untuk mencari pasangan tetapi didlm apa jua konsep kehidupan. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, jgn menjadi hamba yg tidak bersyukur tanpa disedari. Kita sepatutnya meningkatkan lagi usaha dan bukan berhenti, mereka yg berhenti berusaha adalah mereka yang gagal, selagi kita tidak berhenti berusaha, kita belum lagi gagal sebenarnya.


Bersolat lah dgn ihklas dan khusyuk kerana solat yang penuh dgn sifat kesyukuran dan khusyuk itu menjaga minda, memperbaiki otak yg menjadi penentu keputusan yg akan kita ambil dalam hidup sehari2an. Jika otak boleh berfikir dgn sempurna manusia tidak akan membuat keputusan2 yg bodoh, Kassim Selamat tidak akan mencucuk matanya jika dia selalu sembahyang (suatu elemen yg jarang atau tidak ada langsung didlm cerita2 P Ramlee).


Kita yg melihat cerita2 begini sebenarnya menyimpan program ini didlm minda separuh sedar kita, sebab itu bila seorang itu kecewa akan selalu membuat keputusan yg bodoh. Ini kerana dia sebenarnya didlm keadaan tertekan/stress, didlm keadaan stress, fisiologi manusia menyebabkan darah kebahagian depan otak berkurangan, darah lebih banyak diarahkan ke bahagian tangan atau kaki (otot yang besar) untuk "fight or flight situation" iaitu lawan atau lari, contohnya bg mereka yang takutkan ular, bila terserempak sahaja selalunya tanpa berfikir panjang terus lari lintang pukang.


Bahagian depan otak (Prefrontal Cortex) kita sebenarnya yang berfungsi membuat penilaian secara menyeluruh dan rasional sebelum memberi arahan pada bahagian otak lain untuk membuat tindakan. Jadi bila bahagian depan otak yg merupakan penghulu minda tidak bermaya kerana kekurangan darah, keputusan lebih kepada memori dari bahagian otak yang lain, hasilnya kelurlah cerita Kasim Selamat cucuk mata sebagai rujukan tindakan manusia didlm situasi2 tertekan, tak semestinya mencucuk mata tetapi perbuatan2 bodoh yg sama. Mereka yang selalu didalam situasi kecewa, tertekan atau pun ketakutan, lama kelamaan akan menjadi "kurang cerdik" sebenarnya.


Jika kita betul2 percayakan yang Allah itu Maha Pemurah, kita tidak akan kecewa didlm kehidupan, dunia ini realitinya kaya dan penuh dgn harta, wang, kegembiraan dan juga kasih sayang, cuma kita kena berusaha mencarinya, tidak perlu berusaha keras cuma perlu berusaha dgn bijak (work smart instead of work hard). Harus diingatkan juga kegembiraan bermula dr diri sendiri, dr dalaman kemudian baru kegembiran luaran akan muncul.


Bermula lah dgn bersangka baik dgn Allah dan membetulkan niat yg solat, ibadah, hidup dan mati adalah untukNya seperti yg kita baca didlm doa iftitah.


note: Peringatan Untuk diri sendiri juga.....................

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails