Followers

fb followers

私のブログへようこそ

myspace comments

myspace comments

Percaya kpd Tuhan,Bsyukur bhw manusia slalu dberikan yg tbaik,sesuai yg dlakukan oleh manusia itu sendiri, x perlu bkeras hati,DIA akan mberikan dsaat yg tepat apa yg hambaNya perlukan, Tidak harus dsaat ini,masih ada esok hari.....

27 September 2009

Selamat Hari Rayer..


Salam...


Walaupun rayer dah berlalu bulan syawal masih lg ada..jadi nak ucap selamat hari raye pada semua umat islam..


sedar tak sedar bulan ramadhan dah blalu,...bulan syawal semakin hampir tempoh habisnye..sekejap je masa berjalan..


Raye thn ni tak brape meriah sangat coz sedare mare ramai yg tak blk..sumenye beraye di rumah mertua n diperantauan..


Tapi ok berjalan lancar jugek..raye tetap raye..hehe..


hmm..di bulan syawal ni kita dikejutkan dengan bermacam2 tragedi yang menimpa.Gempa bumi di padang, tsunami d pulau samoa dan taufan ketsana di filipina yang meragut beribu nyawa.... Ini merupakn satu bencana n malapetaka yang besar yang kita perlu akui sbagai umat islam. Mari kita fikir sama2 sedalam-dalamnya firman Allah:




"sudah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia kerana Allah hendak mereka rasai sebahagian daripada perbuatan buruk yang dilakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat" SURAH AL-RUM,AYAT 41




Apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri..Ia menguji ketakwaan kita kepada Allah sebagai amaran,peringatan dan balasan di atas kelalaian n keingkaran kita kepada peraturan dan ketetapan alam.


Setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh kita, leader kita,cerdik pandai dan ulama yang terus menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat.




Setiap bencana alam,wabak penyakit dan peperangan yang tiada kesudahan ini boleh diteladani sebagai balasan kemungkaran manusia terhadap Allah.Sebaiknya kita perlu fikir dan sedar setiap apa yang berlaku ini adalah sebenarnya "bahasa Tuhan" sebagai peringatan kepada kita.




Jadi sebagai orang islam n kita sesama islam perlulah ingat mengingati antara satu sama lain, sama2 kita sedar n bertaubat untuk menjauhkan n melindungi diri kita dari segala bala bencana sementara masih ada waktu untuk kita kembali ke pangkal jalan...




"Allah akan menerima Taubat kita walau sebesar manapun kesalahan kita, Yang paling penting kita betul2 insaf dan tidak akan melakukan laranganNya lagi..


Samalah kita mengingati...aminnn...



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails